Sebagaimana yang telah dilaporkan sebelum ini, Kempen Bantuan Banjir Yamaha Cares sedang berjalan sehingga 29 Januari 2021. Kempen ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan beban dan dalam masa yang sama membantu para pelanggan Yamaha yang terkesan akibat banjir yang melanda tempoh hari.
Anda masih lagi berpeluang untuk mendapatkan servis percuma yang rancak diadakan di kedai-kedai pengedar sah Yamaha terpilih. Diharapkan kempen ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban para pelanggan dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.
Selain itu, pihak Yamaha Cares juga turut berkongsi tips bagi memasikan kondisi motosikal berfungsi seperti biasa selepas banjir.
– keluarkan sambungan asas elektronik ECU dan terminal bateri untuk mengelak dari litar pintas semasa enjin dihidupkan
– cuci motosikal secepat mungkin
– bersihkan dari segala kotoran pada semua bahagian
– keringkan terutama bahagian pendawaian/elektronik dan mudah karat
– minyakkan bahagian seperti kabel pendikit, klac, brek dan rantai pacuan.
Jangan hidupkan enjin dahulu
– Periksa bahagian
1 – minyak enjin & penapis minyak
2 – minyak gear & CVT (skuter)
3 – palam pencucuh
4 – kotak penapis angin
5 – tangki bahan api
Jika mengandungi air, motosikal perlu diservis dahulu. Dapatkan servis di pusat servis pengedar yang sah dan alat ganti tulen.
Kedai – kedai pengedar sah Yamaha yang terpilih seperti di bawah :
N.H.S Motor Sdn Bhd, Johor. No Telefon : 07-8830260
Bentong Asia Motor Sdn Bhd, Pahang. No Telefon : 09-2221860
Poh Shun Motors, Pahang. No Telefon : 09-2963381