Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Rasakan Kuasa Perlumbaan Di Atas Jalanan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-02
in BULETIN, UTAMA
0

Membicarakan mengenai pembelian bijak untuk aksesori tambahan motosikal anda, pasti ramai yang tertanya-tanya jenama apakah yang paling sesuai dengan keadaan ekonomi sebegini? Bersempena kehadiran tahun baharu 2021, pembuat aksesori motosikal tempatan, Taikom Racing memperkenalkan tiga produk terkini yang bukan sahaja digunakan di jalan biasa malah turut diakui keberkesanan di pentas perlumbaan. Tiga produk yang diperkenalkan adalah Connecting Rod Kit atau Pakej Rod Penyambung, Racing Injector Assy dan Racing Stopper Balancer yang bukan sahaja berkualiti malah diakui oleh penggiat motosikal masa kini.

Pakej Rod Penyambung
Connecting Rod Kit (Pakej Rod Penyambung) berserta dengan perkakasan yang berkaitan dengan jaminan kualiti yang tinggi, material yang cukup kuat dan komponen yang cukup lasak. Pakej terbaharu dari Taikom Racing secara teknikal dikhususkan bagi beberapa model tertentu antaranya Yamaha LC135 (4 Kelajuan), Y15ZR (5 Kelajuan) dan Honda RS150.

Untuk maklumat pengguna, rod penyambung terdapat pada bahagian enjin dengan omboh bergelongsor sambil rod penyambung ini akan menghubungkan antara omboh dan engkol. Selanjutnya, bersama-sama dengan engkol, mereka membentuk satu mekanisme mudah yang mengubah gerak balas gerakan menjadikan gerakan itu berputar. Bar yang menyambungkan juga boleh menukar gerakan berputar menjadi gerakan balas. Sebagai rod penyambung tegar, ia boleh menghantar sama ada tolak atau tarikan dan rod supaya dapat memutarkan engkol melalui kedua-dua bahagian revolusi, iaitu pusingan omboh dan piston yang menarik.

Racing Injector Assy
Sementara itu, Taikom Racing turut memperkenalkan Racing Injector Assy bagi dua model motosikal popular iaitu Yamaha Y15ZR (model terbaharu) dengan saiz model berbeza iaitu 10 lubang (150CC – 190CC) dan 12 lubang (200CC – 260CC). Manakala bagi Honda RS150 pula, Taikom Racing Injector Assy dibuat bagi saiz 10 lubang (150CC – 190CC) dan 12 lubang (200CC – 220CC). Racing Injector Assy atau penyuntik bahan api merupakan bahagian yang penting dalam sistem bahan api. Ia berfungsi menghalang bahan api dari menyembur pada masa yang tidak dikehendaki.

Bagaimanapun, ramai yang salah anggap mengenai tanggapan mengenai fungsi sebenar injector ini. Untuk makluman, komponen ini bukanlah penambah kuasakuda (horsepower) sesebuah kenderaan, sebaliknya ia menyokong tindakan dan penambahan kuasa kuda yang dilontarkan oleh sesebuah enjin. Bagi injector yang mempunyai saiz CC yang besar, enjin sekadar memerlukan untuk mencapai atau melebihi tahap kuasa maksima yang dapat ditampung oleh sesebuah unit injector standard.

Racing Stopper Balancer
Motor nak tahan lama dan lancar apabila digunakan. Mungkin bebanan yang melebihi daripada perjalanan normal menganggu kestabilan dan pergerakkan motosikal anda. Kerosakan akan berlaku jika salah satu daripada komponen clutch itu akan membuatkan motor menjadi berat semasa berjalan, kelancaran yang kurang dan amat terkesan jika anda membawa jalan yang agak tinggi atau menaiki bukit.

Bebanan yang berlebihan juga menyebabkan motosikal anda seakan-akan tidak bergerak biarpun anda sudah memulas pemulas minyak pada tahap maksima. Itu adalah antara kesan atau tanda-tanda keroskan yang juga terjadi pada stopper balancer.

Jika itu berlaku, apa kata anda turut menukar Stopper Balancer dari jenama Taikom Racing. Sekali pun, impak sering berlaku pada komponen clutch, stopper balancer yang bersambung secara tidak langsung dengan clutch turut mengalami kesan yang sama. Setiap benda bulat yg berpusing tambahan pula ada beratnya dan diameternya pula besar maka balancing amatlah diperlukan bagi menampung segala bebanan itu.

Tidak hairanlah, jika anda seorang penunggang motosikal mungkin mengalami masalah jentera yang perlahan atau tidak mampu bergerak seperti biasa jika terdapat bebanan yang melebihi dari kebiasaan. Jika tidak, gegaran akan berlaku sekaligus merosakkan bearing dan housing juga kuasa (house power) tidak dapat dijanakan sepenuhnya malahan bertambah kurang. Penciptaan stopper balancer berfungsi sebagai alat pengimbang dalam enjin bagi membuangkan gegaran semasa jentera dibawa.

Tiga faktor terpenting kenapa anda harus memilih Racing Stopper Balancer dari Taikom kerana ia diperbuat untuk memastikan mudah untuk diselenggarakan oleh mekanik atau anda sendiri. Selain dari itu, produk Taikom Racing Stopper Balancer diperbuat bagi kegunaan harian atau pengangkutan yang sering digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja. Kerana itu, pergerakan motosikal yang semakin kerap, amat memerlukan barangan yang berkualiti, tahan lama dan DNA persis jentera yang berada di atas trek.

Memiliki kepakaran di atas litar lumba dan juga diakui ramai pasukan-pasukan yang beraksi dalam siri kejuaraan motosikal tempatan, Taikom Racing diakui memiliki kepakaran dalam menghasilkan produk gantian motosikal biasa setanding dengan jentera perlumbaan.

Ketahui lebih lanjut dan banyak lagi produk lain keluaran Taikom Racing dengan menghubungi;
Wei Shern Auto Parts Sdn Bhd
Plot 141B, Lorong Perindustrian
Bukit Minyak 11, Mukim 13,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
Whatsapp : +60 19-558 8137
Emel : taikomracing@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/taikom.my/
Web : https://www.taikomracing.com/

Previous Post

Perlindungan Motosikal Sepanjang Masa

Next Post

Pelancaran Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 Secara Maya

Next Post

Pelancaran Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 Secara Maya

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved