Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pelancaran Tiga Model Terbaharu CMC Motorcycle

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-20
in BULETIN, UTAMA
0

Pengedar rasmi jenama CMC Motorcycle di Malaysia, Chear Global Sdn. Bhd. telah melancarkan tiga model terbaharu iaitu Italjet Valentine 125, Daytona 250 dan Daytona Cafe Racer 250 dalam sebuah majlis yang diadakan pada 16 Februari lalu. Dirasmikan oleh Pengarah Urusan Mofaz Motosikal Sdn. Bhd., Dato’ Nik Izani bin Nik Ibrahim yang ditemani oleh Pengarah Urusan Chear Motor Resources Group, Dato’ Chear Kin Keong.

Menyasarkan jualan sebanyak 2500 unit, CMC Italjet Valentine 125 ini merupakan sebuah jentera yang lincah dalam masa yang sama cukup bergaya. Dikawal oleh sistem saspensi hadapan jenis fork teleskopik dan penyerap hentak mono di bahagian belakang, CMC Italjet Valentine ini dilengkapi enjin 125cc dengan hantaran kuasa maksimum 6.6kW pada 8,000rpm dan tork maksimum 8.6Nn pada 6,000rpm. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Matt Black dan Matt Grey.

Berkonsepkan chopper, CMC Daytona 250 ini pula dilengkapi enjin silinder kembar 249cc dengan sistem transmisi lima kelajuan selain menggunakan brek jenis cakera di bahagian hadapan dan belakang. Didatangkan dengan tayar-tayar bersaiz 90/90-21 (depan) dan 160/80-16 (belakang), CMC Daytona 250 ini menawarkan penunggangan yang menyeronokkan. Manakala untuk penggemar segmen Cafe Racer, CMC Daytona 250 Cafe Racer memiliki ciri-ciri menarik termasuk kedudukan pelana dan posisi penunggangnya yang selesa khususnya untuk penunggangan jarak jauh.

Bagi makluman anda, Chear Global Sdn. Bhd. turut memperkenalkan konsep jualan terbaharu iaitu mempromosi dan menjual menerusi atas talian di laman Facebook, Instagram dan juga laman sesawang rasmi mereka. Konsep ini dilihat dapat membantu serta memudahkan para pelanggan mendapatkan harga mampu milik dan secara tidak langsung memberi manfaat kepada pengguna. Syarikat ini juga turut mengadakan promosi High Trade In Value di mana pelanggan berpeluang membeli motor baharu keluaran CMC dengan trade in motor lama. Menarik bukan?

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Chear Global Sdn. Bhd.,
No. 33, Jalan 15/23 Taman Perindustrian Tiong Nam,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
No Tel : 011 – 1123 2192 / 03 – 5524 6383.

Previous Post

Ahrah Hidupkan Gaya Retro

Next Post

Aprilia RS 250

Next Post

Aprilia RS 250

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved