Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ahrah Hidupkan Gaya Retro

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dunia dua roda bukan hanya terhad sekadar menunggang, memiliki selain minat yang mendalam dengan menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk melakukan kerja-kerja modifikasi. Pengkelasan kategori motosikal memperlihatkan minat dan kemampuan setiap pemiliknya. Tidak hairanlah akhir-akhir ini pelbagai pengkelasan motosikal kita dengar. Antaranya Klasik, Chopper, Dual Purpose, Naked, Superbike dan Retro. Pemilik dari pelbagai lapisan usia serta perbezaan profesion dapat dilihat melalui klasifikasi motosikal tersebut.

Kemunculan grup Retro di setiap acara permotoran memang dinantikan. Pelbagai bangsa dan usia memilikinya. Apabila sebut sahaja perkataan Retro, ia menjurus kepada model lama tanpa mengira jenama atau kuasa. Pemilik motosikal retro yang ada di Malaysia, rata-ratanya bukanlah otai atau berusia lebih dari 50 tahun. Majoriti mereka yang memiliki jentera retro ini adalah di bawah 40 tahun dan anak-anak muda berkategori muka baru di dunia permotoran. Apa yang dapat dilihat sekarang adalah satu kejutan di mana jentera-jentera retro masih mengekalkan identiti asal tetapi berseri dengan pelbagai aksesori, hasil ilham cipta peminat tegar jentera retro.

RX-S merupakan sebuah jentera yang hebat, terutama sekali 125cc yang menjadi impian anak muda di penghujung tahun 70-an dan awal 80-an. Bila menunggangnya, banyak mata memandang. Kebanyakan grup dan geng paling ramai ahlinya di waktu itu. Model keluaran Yamaha cukup anggun, didatangi dengan winshield dan sistem disc brek depan serta merupakan pesaing utama kepada jentera Suzuki GP 100 ketika itu. Pengeluaran kedua jentera tersebut terhenti apabila kemunculan model terkini yang lebih canggih seperti Yamaha RD 125 dan RZ 125. Kelebihan sistem enjin yang dipasang dengan sistem penyejukkan (water cooler) telah mengambil alih tempat sistem lama seperti yang terdapat di Yamaha RX-S di mana masih menggunakan minyak 2T dan minyak enjin demi untuk melancarkan perjalanan.

Adakah RX-S sudah pupus setelah 30 tahun menjalar di jalanraya Malaysia? Tidak. Tiada dahulu, tiada sekarang. Hijau dan putih warna kegemaran, solekan kemas tetap berwajah garang. Ekor belakang seakan perisai perang. Nombor 72 menjadi pilihan. Apakah nama jentera yang dimodifikasi sedemikian? Siapa pula pemiliknya?

Ahrah Ahmad, satu nama yang sinonim dikalangan pemilik retro. Beliau tinggal di persekitaran Batu Caves dan merupakan peminat tegar dunia Retro. RX-S hijau putih yang dimilikinya ini dibeli pada tahun 1990 serta masih berkeadaan asal. Berpengalaman selama 25 tahun dalam dunia motor dan menjalankan perniagaan sendiri. Bermodalkan hampir RM 1,500 untuk modifikasikan motor tersebut. Hasilnya sepertimana yang kita lihat sekarang.

Ahrah minat melihat model “Cafe Racer” dan tekad menjadikan RX-S sebagai sebuah model Cafe Racer. Kajian tentang penyesuaian aksesori luaran dan enjin dilakukan selama sebulan. Suspensi depan dan belakang adalah sentuhan awal dalam proses modifikasi. Suspensi depan dan belakang digantikan dengan suspensi Yamaha TZM. Manakala sistem brek yang asal telah ditukarkan kepada jenama Nissin dan menggunakan cakera brek Yamaha R6. Sementara sistem brek belakang masih dikekalkan yang asal. Rim depan dan belakang telah dipasang jenis 8 Spoke jenama Racing Boy. Penggunaan tayar jenama Bridgstone Battlax BT 39F bersaiz 80/90/17 di depan dan belakang turut mempengaruhi kestabilan motosikal ketika mengambil selekoh dan memecut.

Demi memastikan Cafe Racer kesayangannya mendapat daya pecutan pada tahap maksima, Ahrah sekali lagi melakukan modifikasi. Enjin asal dikekalkan tetapi block serta piston terpaksa menggunakan Yamaha RXZ. Dibantu karburetor jenama PWK dan penggunaan spark plug jenama Nuclear telah membuahkan hasil modifikasi yang memang mengancam. RX-S beliau mampu mencecah 180km/j. Deruman enjin yang mengeluarkan bunyi nyaring sesuai dalam kelas 125cc datangnya dari sistem ekzos jenama AHM PRO Racing. Sementara pipingnya adalah ilham cipta Ahrah sendiri. Menurut beliau, penukaran dari gear ke gear cukup licin dan tiada sebarang masalah ekoran penambahan Racing Clutch 5 Speed dan Racing Gear Box memberikan pikap yang lebih.

“Syukur kehadrat Illahi kerana hajat saya termakbul jua,” luah Ahrah. Hasrat untuk ke tanah suci Mekah tidak pernah terpadam disanubari. Doa dari keluarga tercinta dan rakan-rakan moga-moga dimakbulkan Allah. “Ducati Pannigale, motor impian masa kini tapi apakan daya rezeki belum ada.” Tambah Ahrah lagi tentang motor idamannya pula. Ahli kelab Triple@Motorsport, menyematkan Retro sentiasa tetap dihati.

Gaya dahulu dihidupkan semula, itulah definisi retro.

Previous Post

Yamaha YZF R6

Next Post

Pelancaran Tiga Model Terbaharu CMC Motorcycle

Next Post

Pelancaran Tiga Model Terbaharu CMC Motorcycle

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved