Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Aprilia RS 250

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-02-22
in SHOW OFF, UTAMA
0

Direka oleh Aprilia pada tahun 1996, RS 250 menyerupai motosikal GP 250 yang menjadi kebanggaan mereka setelah memenangi kejuaraan kelas tersebut. Aprilia RS 250 pada dasarnya digunakan sebagai motosikal jalanan dan telah membuktikan kepopularitiannya. Dengan Kejayaan RS 250, Aprilia telah menjadi salah satu pengeluar motosikal terbesar di Eropah.

Projek Aprilia RS 250 ini bermula sekitar tahun 1994. Mereka telah beralih kepada teknologi negara Jepun untuk enjin jentera tersebut. Suzuki merupakan salah satu dari empat pengeluar terbesar yang terus menyokong pengeluaran dunia dengan kemampuan pengeluaran RGV 250 yang lebih dikenali sebagai Pocket Racer.

Suzuki Aprilia telah menjadi nadi dan jantung baru bagi Suzuki di kelas 250 kuasa kuda. Aprilia telah membina paip-paip mereka sendiri untuk dipadankan serta cuba lakukan pengubahsuaian pada beberapa pencucuhan untuk mid range penghantaran kuasa yang lebih baik dan meningkatkan nisbah kemampatan keseluruhan enjin, tetapi pada dasarnya masih lagi gunakan enjin RGV yang tidak diubah.

Double Ekzos di sebelah kanan dan reka bentuk racing serta casis aluminium merupakan tarikan utama yang betul-betul memikat hati Raja Syeikul Ameer Raja Za’aba, anak muda yang memiliki Aprilia RS 250 ini. Kajian dan penyelidikan terperinci tentang spesifikasi jentera tersebut dilakukan beliau sebelum memiliki Aprilia RS 250 keluaran tahun 1996. Hampir 13 tahun penglibatan dalam dunia permotoran dan ini merupakan motor kedua beliau miliki. Modenas Kriss adalah jentera dua tayar pertama dimilikinya.

“Memang banyak saya kena pelajari, maklumlah dari kapcai terus melompat ke kuasa kuda yang jauh lebih tinggi dan tidak menurut turutan. Sepatutnya saya naik ke peringkat 125 cc sebelum gunakan jentera 250cc ini. Tetapi itulah, perancangan kita lain tapi impian beserta kemampuan telah mengatasi segala perancangan. Sekarang seumpama bermimpi memiliki Aprilia RS 250,” luah Raja Syeikul Ameer.

Beliau yang juga gemar bersukan, selalu turun ke litar Sepang dengan Aprilia RS 250 kesayangannya itu. Track Day merupakan hobi beliau ketika lapang selain mengasah bakat untuk merealisasikan impian sebagai pelumba motosikal profesional. “Ramai otai dan sifu di trek seandainya kita ingin belajar,” katanya.

Max Biaggi, satu nama besar dunia permotoran peringkat antarabangsa yang berjaya menaikkan nama Aprilia dengan menjadi juara dunia kelas 250 cc dan menjadi idola Raja Syeikul Ameer dalam mengadaptasikan motor RS 250. Pengubahsuaian Body kit Race fairing Aprilia 250 GPI, ditambah dengan warna merah, kuning Flouresen dan Hitam telah menambahkan kegarangan seakan-akan model RS 250 untuk digunakan dalam perlumbaan. Aprilia RS 250 kepunyaan beliau ini masih lagi mengekalkan enjin asal iaitu VJ 22. Jentera yang dibela dengan baik ini mampu mengeluarkan kuasa maksimum sehingga 235 km/j. Ekzos telah ditukarkan kepada Giannelli full system (Mild Steel) dan ditambah dengan Carbon Fiber Giannelli.

Penggunaan Barnett Racing Clutch Plate menambahkan lagi kelicinan transmisi antara gear ke gear pada motor ini. Kehebatan sistem brek yang canggih, yang mana brek depan menggunakan Master Pump Brembo, 4 Piston Caliper Brembo Aprilia Mille, Hel Steel Braided dan 320mm Floating Disc Ducati 916. Sementara brek belakang menggunakan Master Pump dan 2 Piston Caliper Brembo dan Steel braided.

Raja Syeikul Ameer merupakan seorang ahli Kelab APRC dan Aprilia Club RS. Kreativiti dan kesungguhan beserta minat beliau yang mendalam telah membuahkan hasil Aprilia RS 250 yang disegani oleh jentera sejenama mahupun sama kuasa kuda. Semoga apa juga impian yang diidamkannya akan tercapai sedikit hari lagi.

Previous Post

Pelancaran Tiga Model Terbaharu CMC Motorcycle

Next Post

Street Cub Coopy Mie Mike

Next Post

Street Cub Coopy Mie Mike

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved