Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan beberapa pilihan warna tambahan baru untuk model Rebel dan X-ADV. Kepada peminat Honda Rebel, kini ada dua warna pilihan terbaru iaitu Mat Axis Gray Metallic dan Pearl Cadet Gray selain warna pilihan terdahulu, Graphite Black dan Millennium Red. Bagi model X-ADV pula, Honda telah menambah satu warna baru iaitu Mat Moonstone Silver Metallic diikuti warna yang sedia, Grand Prix Red dan Mat Bullet Silver.
Penambahan pilihan warna ini dilihat sebagai menambahkan nilai estetika kepada kedua-dua model yang secara tidak langsung memberikan lebih keyakinan untuk para penunggang menunggang motor ini di mana-mana sahaja. Sekiranya anda ingin menunggang uji dan mengetahui lebih lanjut tentang Honda Rebel dan Honda X-ADV, kunjungi wakil-wakil pengedar berhampiran anda di seluruh Malaysia.