Yamaha menyediakan pelbagai pilihan skuter hybrid di Indonesia, Thailand dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain dengan menawarkan prestasi cemerlang khususnya untuk para pelanggan yang mahu menjimatkan duit untuk petrol. Salah satu skuter yang kini sudah berada di pasaran Indonesia ialah Fazzio hybrid.
Teknologi enjin Yamaha Blue Core menguasakan Fazzio Hybrid 1-silinder ini; enjin SPOHC dengan sesaran 124.8 cc. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan gearbox CVT dan belt drive. Fazzio Hybrid ini dilaporkan mampu menghasilkan 8.3 hp pada 6,500 rpm, sesuai untuk ditunggang sekeliling kota.
Apabila menunggang dengan muatan yang berat, Smart Motor Generator membantu enjin dengan melepaskan lonjakan kuasa sehingga tiga saat. Ekonomi enjin dipertingkatkan lagi ketika skuter berada dalam idle untuk mengurangkan bising dan pencemaran.
Bagi memeriahkan lagi sistem Hybrid, Fazzio ini dilengkapi dengan beberapa ciri yang memudahkan penunggang seperti kunci pintar, slot pengecasan USB dan kawasan menyimpan barang di bawah pemegang bar. Dua penyangkut kargo, penyangkut aksesori di bahagian tepi, lantai yang luas dan juga penyimpanan sebesar 17.8liter di bawah tempat duduk, semua ini adalah ciri-ciri standard Fazzio.
Fazzio Hybrid tidak kalah dengan teknologi bagi memastikan anda terus berhubung walaupun ketika menunggang dan ianya kerana aplikasi Y-Connect. Aplikasi ini membolehkan anda melihat semua informasi di atas panel instrument digital LCD. Ia juga bertindak memberi notifikasi untuk SMS dan juga panggilan tidak berjawab tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar keluar dari kocek anda.
Gaya yang comel, Fazzio ini dilengkapi dengan headlight LED berbentuk oval bezel yang tampil seperti retro. Suspensinya pula terdiri dari fork teleskopik standard di bahagian depan dan juga monoshock boleh laras di bahagian belakang serta menggunakan rim aloy 12-inci. Selain itu, untuk sistem pemberhentiannya, ia dilengkapi dengan single hydraulic disc di bahagian depan dan mechanical drum brake di bahagian belakang.
Agak-agak, berapa harga yang ditawarkan kalau dipasarkan di Malaysia?
Sumber : Rideapart