Pada awal tahun 2022, BMW dikatakan bakal memperkenalkan skuter elektrik CE 04. Model futuristik ini boleh menjangkau sehingga 80-batu, masa pengecasan selama 1 jam dan 40 minit dan kelajuan tertinggi pada 75-mph. Spesifikasi yang ada pada skuter elektrik ini dikatakan mampu menandingi skuter maxi seperti Yamaha XMAX, CE 04 ini dikatakan lebih kepada sebuah skuter elektrik penuh untuk segmen ini sekaligus menandakan perubahan besar untuk BMW.
Pada Disember 2021, Bavarian telah menghantar lebih 1 juga kenderaan elektrik dan syarikat ini mempunyai impian yang lebih besar daripada itu menjelang dekad yang akan datang. Jenama BMW Group termasuk Mini dan Rolls-Royce, setakat ini menawarkan 5 model elektrik penuh dan 17 hybrid plug in.
Syarikat ini juga menyasarkan perubahan kepada kedua-dua Mini dan Rolls-Royce untuk barisan elektrik penuh menjelang tahun 2030. Ketika itu, kesemua model di bawah divisyen motosikal BMW akan menjadi semua elektrik.
The House of Munich mengharapkan sesuatu yang positif dengan perubahan agresif ini untuk mencapai sasaran masa panjang termasuk;
– Jualan berganda untuk kenderaan elektrik penuh pada tahun 2022 (berbanding 2021)
– Jualan 2-juta kenderaan elektrik menjelang 2023
– Jualan 2-juta kenderaan elektrik penuh menjelang 2025.
– Menukar separuh jualan BMW Group kepada kenderaan elektrik penuh menjelang 2030.
– 10 juta penghantaran kenderaan elektrik penuh kepada pelanggan untuk dekad seterusnya
Bagi mencapai matlamat yang digariskan, BMW Group turut bekerjasama dengan Ionity and Digital Charging Solutions bersama eRoaming platform Hubject.
Sumber : Rideapart