Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

NVOG Ride Hari Air Sedunia 2019

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in BULETIN, UTAMA
0

Diadakan di Pantai Merdeka, Kedah telah berlangsungnya penganjuran “World Water Day 2019” yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah sempena Hari Air Sedunia 2019 peringkat kebangsaan dan disajikan pelbagai aktiviti pantai. Tidak ketinggalan pameran dan pertunjukan motosikal oleh Kelab Northern Versys Owners Group (NVOG & Friends) bersama Kelab Honda Wave Utara bagi menyerikan lagi sambutan yang diadakan selama 2 hari pada 22 dan 23 Mac anjuran Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) Jabatan Parit dan Saliran Malaysia (JPS).

Konvoi motosikal mula berkumpul di Pejabt Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) seawal 7.30 pagi untuk bersarapan serta penyerahan T-Shirt event kepada lebih 100 buah motosikal yang hadir sebelum bergerak secara santai menuju ke tapak acara yang terletak di Pantai Merdeka bersama pegawai serta pengarah PLSM. Tepat jam 8 pagi para peserta mula berbaris serta menyusun motosikal masing-masing di khemah yang disediakan khas buat pameran motosikal sambil menanti ketibaan tetamu kehormat hadir, Menteri KATS bersama Menteri Besar Kedah bagi pelancaran Hari Air Seduania 2019 di Khemah Utama.

Antara acara menarik yang diadakan sepanjang penganjuran adalah larian “World Water Day FunRun” bertemakan “Leaving No One Behind” sejauh 5KM jarak perjalanan sekitar dareah Kuala Muda yang disertai lebih 500 peserta termasuk kanak-kanak. Selain acara pantai turut diadakan seperti pertandingan tarik tali, pertandingan memancing yang menawarkan hadiah lumayan serta pertandingan menangkap itik dan pertunjukan helikopter kawalan jauh dan drone mendapat perhatian orang ramai. Bagi acara kanak-kanak pula pertandingan mewarna turut diadakan.

Khemah pameran Motosikal NVOG & Friends turut menjadi tumpuan para pengunjung yang mengambil peluang bergambar bersama abang-abang bikers yang mesra menarik ramai golongan muda untuk melihat sendiri motosikal yang dipamerkan. Pihak NVOG & Friends berasa amat berbangga kerana gerai pameran NVOG yang mempromosikan Islamic Bike Fest 2019 dikunjungi oleh Meneri Besar Kedah sekali gus berpeluang bergambar kenangan bersama. Rata-rata pengunjung yang hadir ke Hari Air Sedunia 2019 amat berpuas hati serta bergembira bersama keluarga dan berharap ianya diadakan setiap tahun. Bagi peserta NVOG pula berasa amat gembira dan bertuah kerana dijemput oleh pihak JPS untuk bersama-sama memeriahkan hari yang bersejarah ini.

Previous Post

EGO S Military Rat!

Next Post

Pengumuman Pemenang Peraduan “Celebrate with the ARRC Champion”

Next Post

Pengumuman Pemenang Peraduan “Celebrate with the ARRC Champion”

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved