Bertempat di pejabat Posim Petroleum Marketing Sdn. Bhd. di Wisma Posim, Shah Alam telah berlangsungnya acara pemilihan dan pengumuman para pemenang untuk peraduan “Celebrate with the ARRC Champion pada 15 May yang lalu. Gambar-gambar para pemenang telah dipilih oleh panel juri bebas yang terdiri dari En.Khairil (majalah Roadstar), En. Justin Hong (majalah Motorbugs) dan Puan Fauziah (The Lion Group Corporate Communications).
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000. Pemenang pertama yang memenangi wang tunai RM3,000 adalah Rijal Aulia Abdullah Bin Abu Rijal. Manakala pemenang kedua yang berjaya memenangi wang tunai RM2,000 pula adalah milik Mohamad Shahizam Bin Md Yusof dan pemenang ketiga dengan wang RM1,000 adalah Ng Chin Wei.