Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Ada pada kod QR!
Ya, anda mungkin antara 10 orang pemenang bertuah yang bakal memenangi helmet jenama LS2 yang diberikan secara percuma. Baru-baru ini, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd yang juga pengedar rasmi jenama Benelli, SYM dan WMoto mengumumkan untuk memberi ganjaran kepada penunggang motosikal di Malaysia.
Memandangkan sikap rakyat Malaysia yang kekal akur mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd berbesar hati memberikan helmet baharu dari LS2. Anda hanya perlu mengimbas kod QR dan mengisi kaji beberapa soalan kaji selidik sebelum berpeluang memenangi helmet LS2!
Imbas Kod QR dan jawab soalan kaji selidik
Bagi makluman, peraduan ini sedang berlangsung dan bakal berakhir di penghujung bulan Jun ini. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.