Kerjasama KOYOKO dengan JPJ Negeri Sembilan
Siri program Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Koyoko diteruskan dan kali ini giliran Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2. Dianjurkan dengan kerjasama Jabantan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, program yang diadakan pada 10 Julai ini telah dihadiri seramai 100 orang pelajar.
Program dimulakan dengan ucapan dari pengetua sekolah, Hj Norazam Bin Haji Nayan, diikuti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Esah Binti Manap sebelum diserahkan kepada para penceramah untuk sesi taklimat. Antara penceramah yang meluangkan masa dan berkongsi informasi dengan para peserta adalah En. Mohd Rashidin Bin Ahmad dari JPJ, En. C.P Khor dari Koyoko dan Duta Koyoko, En. Hishamuddin Bin Md. Rashid (Kojeq).
Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan lagi program seperti cabutan bertuah, sesi soal jawab bersama pelajar, bergambar bersama pelumba Petronas Malaysia Cub Prix dan juga demo motosikal. Lebih menarik lagi apabila dua pelajar terpilih memakai sut perlumbaan untuk merasai bagaimana menjadi seorang pelumba motosikal bertaraf kebangsaan.