Sebelum kemunculannya, beberapa petunjuk telah hangat dibincangkan khususnya dalam kalangan peminat jenama ini. Kini, motosikal yang digembar-gemburkan telah pun dilancarkan dan menjadi salah satu perkara yang paling mengujakan berlaku pada bulan ini.
Nightster, sebuah varian sportster berkapasiti kecil lebih menumpukan kepada tork Revolution® Max 975T, mampu menghasilkan 90 HP / 67 kW @ 7500 rpm dengan tork pada 70 ft-lb. Nightster terbaharu dari Harley-Davidson ini didatangkan dengan pelbagai kelebihan. Antaranya tempat duduk setinggi 27.1 inci, bahan api ekonomi 52.4 mpg dan ciri-ciri keselamatan seperti ABS, TCS (Traction Control System) dan DSCS (the Drag-Torque Control System).
Menurut laporan Webbikeworld, harganya pun telah didedahkan secara rasmi iaitu bermula dari $13,499 USD (RM57,103.50) dengan warna pilihan Vivid Black. Tambahan sebanyak $400 (RM1,692.11) untuk warna Gunship Gray dan Redline Red. Manakala untuk premium, harganya memang senak perut. Motor Harley, takkanlah murah pulak harganya. Kan?
Sumber : Webbikeworld