Tidak dapat dinafikan, The Interceptor dan Continental GT 650 merupakan dua model paling popular yang dikeluarkan Royal Enfield. Hakikatnya, dua jentera ini juga yang mencatatkan jualan tertinggi untuk syarikat India tersebut. The 650 Twins pula memberikan nilai yang cukup bagus untuk setiap duit yang dikeluarkan dengan casis dan gaya vintaj.
Varian edisi khas Royal Enfield untuk 650 Twins telah didedahkan di EICMA 2021 yang bertujuan bagi meraikan ulang tahun ke-120 syarikat tersebut. Kedua-dua The Interceptor dan Continental GT 650 mempunyai warna yang cukup menarik dengan warna hitam bersama aksen emas, komponen mekanikal berwarna hitam dan rekaan tambahan cukup menarik. Sebanyak 480 unit dikeluarkan untuk edisi khas ini yang kemudiannya diagihkan untuk pasaran Eropah, Amerika dan negara-negara Asia Tenggara.
Beberapa perubahan kosmetik dapat dilihat menerusi edisi khas ke-120 tahun Royal Enfield 650 Twins ini. Warna hitam dan emas digunakan sebagai tema. Pada bahagian tangki bahan api, ada perkataan Royal Enfield dengan tulisan krom hitam. Selain itu, terdapat juga logo ulang tahun ke-120. Selain itu, beberapa ciri lain turut ditambah seperti fly screen, penghadang enjin, pelindung tumit dan macam-macam lagi.
Selain perubahan kosmetik, komponen mekanikal pada motosikal ini dikekalkan termasuk dikuasakan oleh enjin parallel-twin, penyejukan udara 648cc. Kedua-dua motosikal mempunyai output kuasa 47hp dan output tork 38 ft-lbs. Motosikal ini disokong oleh fork hadapan teleskopik tradisional dan penyerap hentak boleh laras pra-muatan dengan ABS dua channel.
Sumber : Rideapart