Kejadian curi kenderaan khususnya motosikal tidak pernah ada hentinya. Setiap hari pasti ada sahaja berita tentang kecurian ini sama ada yang dihebahkan di media atau sekadar dilaporkan kepada pihak berkuasa. Secara tidak langsung, berita seperti ini membuatkan para pemilik kenderaan bimbang untuk meninggalkan kenderaan kesayangan walaupun dalam kawasan terbuka di mana ada kehadiran orang ramai.
Sebenarnya kejadian curi ini boleh dielakkan dengan adanya peranti yang betul dan salah satu darinya ialah Motomart GPS Tracker yang bukan sahaja hangat diperkatakan malah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Bagaimana peranti ini mampu mengawal dan melindungi kenderaan anda dari menjadi mangsa curi?
Selepas pemasangan peranti Motomart GPS Tracker pada motosikal, anda hanya perlu muat-turun aplikasi Motomart Biker Apps ke dalam telefon pintar. Aplikasi ini akan memberi notifikasi dan mengesan keberadaan terkini motosikal anda. Bagi makluman, GPS Tracker ini memberikan pelbagai jenis alarm (amaran) kepada para pengguna seperti vibration alarm, cut off alarm dan displacement alarm. Pendek kata, ia mampu menggagalkan dan melumpuhkan percubaan si pencuri.
Untuk maklumat lanjut atau borong, sila hubungi:
Sinriang Trading Sdn Bhd;
301-303 Bandar Baru Mergong,
Lebuhraya Sultan Bahiyah,
05150 Alor Setar
Kedah Darul Aman
No Tel : 6012 – 482 4350
https://www.facebook.com/pitstopmalaysia/
https://www.instagram.com/pitstopmotorsport/
Youtube : Pitstop Motorsport Malaysia