Griso, salah satu motor dengan pengeluaran yang agak singkat di antara tahun 2006 sehingga 2015. Kalau dilihat, ia seakan cruiser, cafe racer dan juga sportbike. Bagaimanapun, Sasha Lakic dari Blacktrack Motors telah mengubahnya agar menjadi sebuah cafe race.
Lakic mengekalkan 4-injap, 1,151cc, longitudinal V-twin, transmisi dan shaft final drive tetapi ada beberapa bahagian yang sudah tua terpaksa dibuang. Kemudian, dia membina roadster futuristik sekeliling komponen. Bagi mengubah motor ini menjadi sebuah jentera yang lebih agresif, Lakic merujuk pakar Moto Guzzi, Guareschi Moto. Pengedar dan juga pengusaha kedai kustom ini selalu berkolaborasi dengan OEM untuk pertandingan seperti Fast Endurance Trophy dan Motorally Series.
Bagi projek BT-05 Cento dari Blacktrack Motors, adik-beradik Guareschi membentuk kerangka tiub yang hanya mempunyai berat 26 paun. Lokic melengkapi casis race-bred dengan monoshock boleh-laras penuh Öhlins FGRT depan dan Öhlins TTX belakang yang disambungkan dengan lengan ayun CARC dari Guzzi. Selain itu menambahkan rim magnesium Marvic dan binder Brembo.
Lakic bukan sahaja mengurangkan 110 paun dari Griso, dia juga menggantikan v-twin 1,151cc dengan 1,380cc. Selain ekzos Zard, sesaran ini meningkatkan lagi prestasi menjadi 136hp dan tork 106.2 lb-ft. Kemudian, Lakic membalut cafe racer kustom ini dengan carbon fiber dan aluminium yang diilhamkan oleh Moto Guzzi 850 Le Mans. Panel instrumen baru dari Motogadget Motoscope, usis perlumbaan dan clip-on melengkapi projek ini.
Tidak melampau kalau projek BT-05 Cento ini mengatasi mana-mana motor Guzzi yang dikeluarkan oleh kilang Mandello Del Lario, ia juga sepadan dengan harga yang ditetapkan. Bermula dari $558,356.76 dan terhad kepada 10 unit.
Sumber : Rideapart