Sudah agak lama tiada aktiviti yang dianjurkan oleh Republic Of Skyline Entertainment atau dikenali sebagai Rose Rider ekoran tempoh sekatan PKP dan PKPB yang dilaksanakan kerajaan tempoh hari. Pelbagai aktiviti yang dijadualkan lebih awal terpaksa ditunda. Sebaik sahaja kelonggaran diberikan, Rose Rider kembali menghidupkan semula aktiviti yang tertangguh sebelum ini.
Satu program telah berjaya dianjurkan iaitu ride di Bandar Warisan Taiping, Perak. Kelab di bawah kepimpinan Bro Zass ini juga membuka ruang kepada rider yang ingin mengikuti keseronokan aktiviti berkonvoi sambil menikmati pemandangan indah serta mengunjungi tempat-tempat bersejarah.
Diadakan pada 9 Oktober lalu, program ride atau konvoi ini dimulakan di Kamunting dan bergerak menuju ke Bandar Taiping. Seramai 28 ahli telah meluangkan masa bagi memeriahkan lagi penganjuran program ini. Antara lokasi yang sempat dilawati ialah Zoo Taiping, Taman Tasik, Menara Jam dan banyak lagi.
Sekiranya ada yang berminat untuk mengetahui dan ingin mengikuti penjelajahan Rose Rider, layari Facebook dan Youtube *_REPUBLIC OF SKYLINE_* hari ini.
Perkongsian : Bro Zass (Rose Rider)