Dianggarkan lebih 100,000 orang telah mengunjungi Pesta Angin Timur Perlis untuk 2019 yang diadakan selama 3 hari bermula dari 1 hingga 3 Mac yang lalu. Diadakan buat kali ketujuh pada tahun ini, Pesta Angin Timur ini sudah menjadi ikon di Perlis dan juga merupakan platform untuk mempromosikan keunikan serta keistimewaan yang terdapat di negeri ini kepada pelancong luar.Diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), antara aktiviti-aktiviti menarik disediakan yang melibatkan golongan muda termasuk pertandingan sukan rakyat seperti menangkap itik, lumba kerbau besi dan macam-macam lagi. Selain itu, turut disediakan adalah program Motor Bendang.
Walaupun baru diadakan pada penganjuran program kali ini, Motor Bendang terbuka tetap mendapat sambutan dari para pencinta dunia permotoran. Para peserta yang menyertai aktiviti ini mempamerkan aksi-aksi yang cukup mendebarkan tetapi tetap menghiburkan. Diharapkan, aktiviti dan segmen sukan motocross ini akan dikekalkan dan diadakan untuk penganjuran Pesta Angin Timur yang akan datang.