Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

EGO to Harley Kustom

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bermula kerana ingin nampak kemas dan bersih, galakan serta dorongan kawan-kawan membuatkan anak muda kelahiran Likas ini melangkah ke dunia Autoshow.

Modenas merupakan motor yang pertama dimiliki. Sudah lumrah manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada. Begitu juga dengan Jamaluddin Alimuddin. Beliau yang lebih mesra dipanggil Jamal mula menyertai Auto Show pada tahun 2009. Tetapi waktu itu Auto Show baginya sekadar untuk berseronok dan mencuba nasib.

“Tapi perkembangan setiap auto show saya sentiasa update bah” itu yang terpacul dari mulut Jamal, sewaktu ditemuramah Roadstar.

125z adalah motosikal kedua kesayangannya setelah Modenas dijual. Motor tersebut menjadikan beliau lebih agresif. Kelajuan dan pecutan merupakan aspek utama pada beliau semasa memiliki dan menunggang motosikal tersebut. Tetapi nasib bukan sentiasa menyebelahi beliau. Berakhirnya hayat 125z bersama Jamal ialah apabila beliau terlibat dengan kemalangan. Keperitan akibat kemalangan yang tidak diingini telah mengalihkan perhatian beliau dari motosikal yang ‘power’ kepada motosikal yang ‘relax’ serta mudah dikendalikan. Bersesuaian dengan bajet.

Jamal mengubahsuai skuternya di Sabah Motor Bike (SMB). Pemilik premis tersebut merupakan rakan karib beliau. Menurut Jamal, dari awal mula skuternya diilhamkan bagi menyertai auto show hingga kini, SMB banyak membantu. Kerjasama yang baik terjalin antara mereka, di mana Jamal diberi kebenaran bagi menggunakan fasiliti yang terdapat di SMB secara percuma. Khidmat nasihat serta tunjuk ajar dari SMB yang berpengalaman di arena permotoran banyak membantu beliau bagi menghadapi pesaing-pesaing dalam pertandingan auto show.

Jamal juga merupakan seorang ahli kelab North Borneo Scoot Community (NBSC). Bila soalan cepumas diajukan tentang idea sehingga terhasilnya skuter yang mendapat tempat dihati pengadil dalam setiap pertandingan Auto show yang beliau sertai. Anak muda kelahiran Likas ini sambil tersenyum menyatakan ilhamnya datang apabila melihat model-model motosikal Harley Davidson tapi untuk memiliki motosikal tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah dan sekelip mata. Jadi memadailah beliau adaptasikan model-model tersebut kepada skuter Ego S kesayangan ini.

Memang mengagumkan apabila melihat ilham cipta Skuter chopper Jamal. Handle bar “monkey” yang sering diguna pakai oleh peminat chopper menjadi pilihan beliau mengantikan handle asal. Tangki minyak RX-Z juga turut dipasang bagi mengantikan yang asal.

Sokongan dan galakan dari keluarga merupakan penyuntik semangat bagi Jamal yang sekarang ini menyertai pertandingan Auto Show dimana-mana di negeri dibawah bayu secara serius. Menurut Jamal, skuter Ego S tersebut telah diubahsuai sebanyak 4 kali. Kalah atau menang baginya itu sudah adat pertandingan. Janji hati puas. Komen yang membina dari orang ramai apabila ilham cipta dipertontonkan diterimanya secara positif.

Kata-kata Jamal itu tepat dan ada kebenarannya. Kekaguman ciptaan Jamal terletak pada hanya tiga perkara asas skuter yang masih dikekalkan; enjin, fork depan dan monoshock belakang. Rangka (frame) skuter yang masih dikekalkan hanya 60 peratus sahaja. Sementara yang lain merupakan rangka tambahan yang diilhamkan oleh Jamal. Meter yang terpasang nampak klasik. Lampu depan chopper dipasang agar lebih menampakkan skuter tersebut seperti sebuah motosikal chopper. Tayar Swallow bersaiz 120/70/14 terpasang di depan dan belakang 160/60/14.

Minat memainkan peranan utama bagi menjayakan segala apa yang kita lakukan. Dan anak mudah ini memilih skuter pun kerana minat. Tambahan pula bajet tak besar andai kata ingin melakukan pengubahsuaian. Idea sendiri merupakan ilham cipta yang sukar dijual beli.

Previous Post

Arkib : Aprilia RSV4 milik Lady Biker

Next Post

Motor Bendang @ Pesta Angin Timur Perlis 2019

Next Post

Motor Bendang @ Pesta Angin Timur Perlis 2019

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved