MotoGP Malaysia 2021 dijangka berlangsung seminggu lebih awal setelah pusingan Australia disingkir daripada calendar MotoGP tahun 2021.
Dorna selaku pihak pengelola MotoGP membuat keputusan sebegitu kerana Australia masih meletakkan banyak halangan terhadap lawatan daripada luar negara demi membendung penularan wabak Covid-19. Kerajaan negara tersebut hendak memastikan bahawa wabak itu boleh dikawal dalam masa yang terdekat agar dapat kembali pada masa yang akan datang.Mick Doohan yang merupakan anak Australia serta juara Dunia 500cc sebanyak lima kali tidak puas hati dengan keputusan itu kerana dua orang lagi pelumba Australia dijangka boleh menang di tempat sendiri. Mereka adalah Jack Miller yang menunggang untuk pasukan Ducati di dalam kelas MotoGP serta Remy Gardner yang menunggang jentera KTM di dalam kelas Moto2. Remy merupakan anak kepada Wayne Gardner yang juga merupakan juara dunia 500cc.
Pada masa yang sama, litar Portimao di negara Portugal akan mengadakan satu lagi pusingan MotoGP untuk menggantikan tempat Australia.
Apapun, Dorna tidak menolak kemungkinan yang calendar itu akan diubah lagi, apatah lagi memandangkan kes Covid-19 baharu yang rancak berkembang di rantau Asia Tenggara disebabkan oleh varian Delta. Oleh yang demikian, pusingan di Malaysia mungkin juga akan terjejas.Juga, litar Mandalika sepatutnya mengadakan pusingan MotoGP Indonesia julung kalinya pada tahun ini tetapi telah digugurkan sejak awal tahun lagi. Negara itu berada di dalam kancah Covid-19 yang paling serius di rantau ini dengan catatan hampir 30,000 kes baharu setiap hari.
Sumber : MotoGP.com