Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dilengkapi Ciri-Ciri Paling Baik Di Antara Pesaingnya

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-07-08
in BULETIN, UTAMA
0


Jentera Aprilia GPR250R telah dilancarkan di negara China. Ia merupakan model yang dipertingkatkan untuk tahun ini dan ia mungkin akan dieksport ke seluruh dunia kelak. Model tersebut dilancarkan di Xi’an Auto Expo dan ia terus menjadi perbualan hangat. Rekabentuknya mengikut identiti keluarga RS seperti RS 660 dan RSV4, dengan ciri tiga lampu hadapan, tangki yang kecil, pelana yang tinggi serta ekor yang tajam.
Enjinnya pula berupa jenis satu silinder dengan penyejukan cecair dan menghasilkan 26 hp. 26 hp merupakan prestasi enjin yang kelihatan tidak berapa tinggi tetapi ia merupakan norma di dalam kelas 250cc satu silinder seperti Honda CBR250R (26 hp), Kawasaki Ninja 250SL (27.6 hp). Hanya enjin KTM RC 250 sahaja yang menghasilkan kuasa 30 hp.

Tetapi model Aprilia GPR250R inilah yang mempunyai ciri-ciri yang paling baik di antara saingannya seperti lampu LED, skrin TFT berwarna, fork jenis terbalik berdiameter 41mm serta cakera brek hadapan berukuran 310mm.

Ia dijual di negara China dengan harga CNY 26,800, bersamaan dengan RM 17,242.99 pada masa berita ini ditulis.
Aprilia sedang giat membangunkan model-model di dalam kelas kapasiti kecil serta sederhana untuk pasaran Asia serta Eropah. Ini suatu pendekatan yang wajar kerana kedua-dua pasaran ini memerlukan motosikal berkapasiti rendah ataupun enjin yang menghasilkan kuasa rendah untuk mereka yang baharu mula berjinak di dalam dunia motosikal. Lagipun, Aprilia mula terkenal dengan motosikal kapasiti kecil dengan model-model seperti RS 125 serta RS 250 (tetapi dengan kuasa tinggi) sebelum “berhijrah” ke kelas superbike 1000cc dan seterusnya.

 

Previous Post

MotoGP Malaysia 2021 Diawalkan Seminggu

Next Post

Merangkap Sejarah Motosikal Yamaha Yang Pertama Bahagian 1

Next Post

Merangkap Sejarah Motosikal Yamaha Yang Pertama Bahagian 1

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved