Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tak Cukup Sekadar Obses, Kena Ambil Tahu Cara Penjagaan Tayar Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-07-09
in BULETIN, UTAMA
0

Hakikat. Penunggang motosikal memang obses dengan prestasi tayar tetapi ramai yang kurang ambil peduli tentang penjagaannya terutama sekali tentang tekanan angin dalam tayar.

Berbanding pengguna kenderaan lain, penunggang motosikal lebih bergantung kepada tekanan tayar kerana apa yang ada pada motosikal adalah dua tayar yang mengimbang dan membawa mereka bergerak ke hadapan. Andai kata tekanan angin dalam tayar salah dan tidak tepat, maka pengendalian motosikal juga akan menjadi masalah atau pun boleh jadi lebih teruk dari itu.

Berikut, lima tips penting tentang penjagaan angin dalam tayar motosikal.

Terlalu Rendah, Terlalu Tinggi
Tayar yang mempunyai inflasi tekanan angin yang terlalu rendah boleh menyebabkan tapaknya mengembang. Apabila ini berlaku, ia akan menyebabkan beberapa kesan seperti berikut;

  • meningkatkan rintangan tayar bergolek yang bermakna, lebih kuasa enjin dan mengakibatkan memerlukan banyak bahan api (minyak) untuk memastikan motor dapat terus bergerak.
  • motor akan beransur-ansur perlahan apabila anda melepaskan pendikit atau brek
  • sukar untuk memusingkan motosikal, stereng menjadi lebih berat dan tidak bertenaga
  • bahagian karkas dan dinding sisi tayar akan mengendur secara berlebihan dan motor akan bergoyang memasuki selekoh
  • kenduran tayar yang berlebihan akan membuatkan rim motosikal berlanggar dengan bucu-bucu tajam lubang atau lopak menyebabkan rim bengkok dan lebih teruk lagi, patah.
  • tayar akan cepat panas dengan melampau, menyebabkan tayar cepat haus
  • tekanan angin yang kurang secara berlebihan akan menyebabkan manik tertanggal dari rim
  • kerosakan teruk akan berlaku terhadap tayar sekiranya bersentuhan dengan objek keras, membuatkan getah terkoyak dari karkas (benang pemisah)

Sekiranya inflasi yang berlebihan, maka anda berhadapan dengan masalah yang lain pula kerana tapak tayar akan menjadi lebih kecil;

  • tayar mudah terkunci apabila menerima tekanan brek yang kuat
  • tayar berputar dengan mudah ketika memecut dengan keras, khususnya di permukaan jalan basah
  • menunggang menjadi sukar kerana tayar melambung di atas permukaan jalan yang teruk
  • daya tarikan berkurangan kerana tidak dapat memastikan keadaan permukaan jalan
  • bahagian tengah tayar akan cepat haus
  • tayar akan menjadi inflasi berlebihan apabila suhu panas

Kerap Periksa Tekanan Angin
Nampak macam perkara biasa dan remeh untuk disebut, namun ramai penunggang motosikal lalai dan tidak melakukannya. Lazimnya, bila rim dan tayar dah rosak baru terhegeh-hegeh nak periksa tetapi semua itu sudah terlambat.

Periksa tekanan angin dalam tayar untuk memudahkan anda mengesan sekiranya ada kebocoran. Lebih baik dari anda menyedarinya ketika sedang menunggang. Memeriksa tekanan angin dalam tayar lebih mudah sekiranya motor dilengkapi dengan sistem pengawasan tekanan tayar (TPMS – tyre pressure monitoring system). Walaupun menggunakan sistem ini, anda perlu memantau info yang dinyatakan setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

Sekurang-kurangnya, periksa tekanan angin dalam tayar dua kali seminggu. Sekiranya anda mengembara, periksa keadaannya setiap hari.

Periksa Ketika Tayar Masih Sejuk
Waktu terbaik untuk memeriksa keadaan tayar adalah ketika ia masih sejuk atau sebelum memulakan perjalanan. Tayar akan menjana haba dan haba itu akan disalurkan masuk ke dalam tayar yang menyebabkan peningkatan tekanan angin. Secara tidak langsung, menyebabkan bacaan yang diambil tidak tepat.

Beli Tolok Tekanan Tayar Yang Baik
Jangan hanya bergantung kepada tolok tekanan angin yang ada di stesen petrol. Hampir kesemuanya tidak dipantau sejak ia mula-mula dipasangkan. Sebaliknya, beli tolok tekanan angin yang baik seperti yang dikeluarkan oleh Michelin. Harganya mungkin agak mahal tetapi berbaloi kerana ia memberikan bacaan tepat dan boleh dipercayai.

Tekanan Angin Mana Yang Perlu Diikut?
Cara paling baik adalah mengikuti rekomen yang diberikan pengeluar motosikal. Pengeluar mengeluarkan bacaan tekanan angin itu mengikut prestasi motosikal anda.

Walaupun begitu, anda boleh meningkatkan atau mengurangkan sedikit inflasi tekanan angin (10 kepada 15 kPa) untuk memenuhi keadaan jalan dan penunggangan yang berbeza, atau juga muatan serta pembinaan tayar (tayar atau lembut tayar berbeza mengikut pembuatannya).

Jangan sesekali mengisi angin pada tahap maksima yang dinyatakan pada dinding tayar. Lebih tekanan angin akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Kepada penunggang yang gemar berbuat sedemikian, tolonglah berhenti!

Previous Post

10 Motosikal Diciplak Oleh Pengeluar Motosikal China

Next Post

MotoGP Malaysia 2021 Diawalkan Seminggu

Next Post

MotoGP Malaysia 2021 Diawalkan Seminggu

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved