Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Himpun Peminat Motosikal Di Borneo, Pamer Budaya Negeri Sarawak!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-12-18
in BULETIN, UTAMA
0

Sekali lagi mendapat kepujian dalam mengelola acara tahunan yang berprestij di bumi Sarawak yang menghimpunkan motosikal yang pastinya dinanti-nantikan oleh pemilik serta peminat motosikal di Borneo. Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, penganjuran Sibu International Bike Week kali ke-11 ini juga tidak mengecewakan khususnya para pengunjung yang datang membanjiri tapak acara.

Sibu International Bike Week kali ini menerima pengunjung lebih 8,000 orang yang bukan sahaja terdiri daripada pengunjung dalam Malaysia, malah turut dihadiri para peminat dua roda dari negara jiran tetangga termasuk Singpura, Thailand, Indonesia, Brunei. Kemeriahan acara ini juga dihangatkan para peminat dari Jerman dan Amerika Syarikat.

Berlangsung selama tiga hari bermula dari 1 Disember sehingga 3 Disember yang lalu, Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 11 ini menjadi tumpuan para pengunjung pelbagai bangsa serta menarik kunjungan para pelancong yang di luar jangkaan. Dimeriahkan lagi dengan 60 buah gerai pameran yang membuatkan para pengunjung terus membanjiri dan menghangatkan lagi suasana.

Menurut Datuk Michael Tiang, Timbalan Menteri II Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak sewaktu ditemui berkata, “penganjuran Sibu International Bike Week merupakan hub untuk mengumpulkan belia.”

Tambah beliau lagi, acara ini merupakan festival yang menghimpunkan semua peminat dua roda baik di Sarawak khususnya dan berjaya menarik pelancong luar untuk lebih mengenali negeri Sarawak.

“Saya dapat melihat ramai anak muda di sini datang dari dan luar Sarawak, malah ada juga dari luar negara seperti Brunei, Indonesia,Thailand, Singapura, Jerman dan Amerika Syarikat. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan nikmatilah pelbagai juadah tradisional yang boleh didapati sekitar Bandaraya Sibu. Anda semua boleh melihat serta merasai pengalaman unik di Sibu yang kaya dengan masyarakat berbilang etnik dan agama.”

Keamanan serta persahabatan yang sekian lama dipupuk oleh penduduk Sibu menjelaskan bahawa walaupun terdiri dari pelbagai etnik dan agama, ukhuwah tetap ukuh dan terjalin erat dengan aktiviti yang disertai bersama. Sibu International Bike Week 11 2023 telah menyajikan persembahan oleh kumpulan Gendang Pampat Dayak Sarawak yang sungguh unik.

“Kehadiran para pengunjung khususnya yang datang dari Sarawak yang menginginkan sesuatu yang segar sepanjang acara dijalankan amat dihargai. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan budaya yang terdapat di negeri Sarawak. Pertandingan Battle Of The Band juga digantikan dengan pertandingan persembahan oleh Kumpulan Buskers,” jelas pihak penganjur begitu peka dengan selera pengunjung demi memeriahkan lagi acara berkenaan.

Antara aktiviti lain yang disediakan termasuk program Burn Out, Zumba, Miss Sibu, Auto Show, Mr Fit dan pertandingan melukis bagi kanak-kanak masih dikekalkan seperti tahun sebelumnya. Lan Solo, artis jemputan yang dibawa khas telah berjaya memukau penonton dengan persembahan lagu-lagu popularnya. Namun, segmen yang paling dinanti-nantikan tentunya Cabutan Bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal Modenas Kriss 110 yang dimenangi pengunjung dari Brunei.

Bukan itu sahaja, penglibatan dari pihak PDRM, RELA dan agensi-agensi tempatan cukup mantap dalam menjayakan acara ini. Pihak penganjur juga berbesar hati dengan penajaan dari beberapa nama besar termasuk Helmet Gracshaw Malaysia dan Voltbar.

Sementara itu Ghee Co Sdn Bhd, pengedar motosikal di Kuching Kawasaki yang saban tahun menyertai SIBW tidak melepaskan peluang memperkenalkan model Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer SF250 kepada pengunjung. Malah, mereka turut melancarkan Kelab Pemilik Kawasaki Sarawak.

Penganjuran SIBW11 ini juga menyaksikan pihak penganjur menyampaikan sumbangan cek bernilai RM1,500 kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad. Tahniah!

Previous Post

ROSE Riders Mencipta Kenangan Di Teluk Intan

Next Post

‘Monte Bianco’ Bagi Penggemar Kotak Simpan Jenis Aluminium

Next Post

‘Monte Bianco’ Bagi Penggemar Kotak Simpan Jenis Aluminium

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved