Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Model Pertama Brek Cakera Modenas Kriss 110

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-21
in BULETIN, UTAMA
0

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), pengeluar jentera motosikal kebanggaan tanahair, kini tampil dengan model terbaharu Modenas Kriss 110 dengan varian brek cakera sejak model ini buat kali pertama dilancarkan pada tahun 1996. Ia adalah tarbaharu yang ditampilkan ke atas model ini dan varian baharu ini dilengkapi dengan beberapa peningkatan berbanding versi terakhir model Kriss 110 yang dilancarkan pada bulan September 2019.

Antara peningkatan baharu termasuk ciri-ciri keselamatan yang lebih baik serta gaya yang telah dikemas kini. Kriss 110 Disc Brake ini dilengkapi dengan brek cakera piston berkembar pada bahagian hadapan dan brek drum pada bahagian belakang. Ia direka dengan penyerap hentak berkembar, tayar tanpa tiub yang dilengkapi dengan sport rim, warna titanium grey pada penutup enjin dan pelindung ekzos bagi memberikan gaya yang sporty pada motosikal ini. Model ini dibekalkan dengan berat hanya 97kg, enjin 4-lejang, SOHC, silinder tunggal, karburator dan sejukan udara tetapi mempunyai daya maksimum 4.9kW dan tork 6.7 Nm.

Selain dari itu, aspek penampilan turut dipertingkatkan. Ini dapat dilihat pada bahagian hadapan, varian Kriss 110 Disc Brake didatangkan dengan lampu hadapan jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam. Ia juga dilengkapi dengan reka bentuk grafik baharu yang menarik serta menonjolkan keseluruhan gaya. Varian baharu ini juga memperkenalkan warna merah sebagai pilihan warna baharu, didatangkan bersama warna biru dan hitam asli yang ada sebelumnya.

Dengan jarak roda yang lebih pendek, peningkatan material dan ketebalan kusyen di tempat duduknya, varian baharu ini menawarkan ergonomik yang diselaraskan untuk keselesaan optimum dan kawalan kenderaan yang sangat diperlukan terutama untuk perjalanan harian. Varian Kriss 110 Disc Brake juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kini lengkap dengan meter minyak dan indikator gear digital, soket pengecas USB sambil mengekalkan ruang simpan bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter.

Tambahan lain yang tidak terdapat pada kebanyakkan motosikal lain yang berada di dalam kelasnya adalah ciri lampu kecemasan baharu yang sangat penting terutama semasa kecemasan, atau ketika berhenti di tepi jalan kerana hujan lebat. Varian Kriss 110 Disc Brake dijual pada tag harga RM3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) menawarkan gaya premium dan ciri-ciri yang biasanya tidak tersedia di kelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Roskan berharap model yang dilabel sebagai ‘Ikon Malaysia’ ini terus menjadi pilihan bagi setiap pengguna motosikal di Malaysia seperti pendahulunya.

“Ciri-ciri tambahan yang disertakan menjadikan varian Kriss 110 Disc Brake sebagai salah satu pilihan terbaik untuk pembeli motosikal pertama yang mencari jentera yang boleh dipercayai dan mudah dikendalikan.

“Jentera ini diberi jaminan selama dua tahun atau 20,000km, atau yang mana terdahulu, diperakui EEV dan sepenuhnya mematuhi piawaian pelepasan Euro 3. Saya percaya bahawa dengan harga dan peningkatan keselamatan dan gaya baharu, Kriss 110 Disc Brake bakal beroleh kepercayaan yang sama seperti dahulu,” jelas Roslan.

Previous Post

Jentera Feminin Yang Cukup Praktikal

Next Post

Kursus Teknik Keselamatan Tunggangan Marshal

Next Post

Kursus Teknik Keselamatan Tunggangan Marshal

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved