Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Jentera Feminin Yang Cukup Praktikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-17
in BULETIN, UTAMA
0

Membicarakan tentang jentera dua roda, apa yang mampu penulis simpulkan adalah jentera memiliki keupayaan dan penggunaan yang berbeza. Sekali pun dalam segmen kapcai, karakter yang dijelmakan juga berbeza antara satu sama lain.

Model terbaharu skuter Beat Street yang diperkenalkan oleh Boon Siew Honda Malaysia turut mempunyai kegunaan yang tersendiri. Tergolong dalam keluarga skuter bersaiz kecil, Honda Beat terbaharu yang ditampilkan ini mempunyai perbezaan yang cukup ketara sekali.

Samada untuk bergerak ke lokasi berdekatan atau perjalanan ke tempat kerja pada jarak sederhana, Beat cukup santai untuk membawa anda ke mana sahaja. Berbeza dari model terdahulu, enjin Beat terbaharu ini pada asasnya masih lagi sama, namun telah dipertingkat dengan kini kapasitinya menjadi 109.5 cc dan menggunakan sistem suntikan bahan api PGM-FI menjadikan ia jentera yang cukup ekonomi dalam penggunaan bahan api.

Beat juga mampu menghasilkan kuasa 8.7 hp pada 7,500 rpm dan 9.53 Nm tork pada 5,500 rpm. manakala enjin ini juga telah menepati tahap emisi Euro 4 dan mampu memberikan penggunaan bahan api 59.1 km/l. Penulis berpeluang untuk menguji Beat berwarna Space Magenta Metallic yang penulis sifatkan warnanya cukup sesuai dengan kehendak penunggang wanita yang mahukan ciri-ciri motosikal bergaya namun memiliki ketrampilan ciri-ciri feminin.

Tambahan dengan berat sekitar 90kg (kurang 4kg dari model terdahulu), jentera ini bagi penulis cukup sesuai bagi pelajar perempuan yang masih berada di sekolah mahupun bakal mahasiswi yang kini masih di pusat pengajian tinggi untuk dijadikan pengangkutan harian. Bukan itu, sahaja, sepanjang penulis membawa jentera Beat ini, ia cukup menyenangkan sama seperti membawa sebuah motosikal cub sediada cuma bezanya di sini Beat tampil dengan ketinggian tempat duduk sekitar 740mm dan dilengkapi penghidup jenis elektrik dan tendang bagi memudahkan pengguna terutama wanita.

Dengan menggunakan kerangka eSAF baharu, penulis merasakan ia banyak membantu menjadikan motosikal lebih lincah dan mudah dikawal. Melalui penggunaan kerangka ini, info yang diberikan kepada penulis ialah jentera ini mempunyai tangki bahan api lebih besar (+200 ml menjadi 4.2 liter) dan ruang barang bawah tempat duduk menjadi lebih luas (+500 ml menjadi 11.7 liter)

Jadi, tidak hairanlah, penggunaan model ini di beberapa negara jiran seperti Indonesia mahupun Thailand dan Vietnam cukup memberangsangkan. Ini kerana, Honda Beat merupakan jentera atau pengangkutan yang mampu mempelbagai variasi dan kegunaan. Untuk maklumat, model terbaharu Honda Beat telah dilancarkan sekitar Oktober lepas merupakan variasi ke-4 sejak ia dilancarkan buat kali pertama di Malaysia pada tahun 2017.

Namun berbeza untuk versi 2020 ini, Honda menampilkan sedikit kelainan dan perbezaan berbanding model terdahulu pada keseluruhan jentera ini. Antara yang dapat penulis rangkumkan adalah seperti corak grafik di badan, panel meter, corak aerodinamik lampu depan dan belakang serta perendam bunyi dan jalur rim tayar yang lebih bergaya.

Kelengkapan lain padanya adalah termasuk sistem brek CBS, rim 14 inci dengan tayar 80/90 di hadapan dan 90/90 di belakang, brek cakera di hadapan dan dram dibelakang, fork teleskopik dan penyerap hentak di belakang jenis tunggal. Ketika membawa jentera ini di waktu malam pula, penglihatan penulis tampak lebih terang kerana model ini dilengkapi dengan lampu jenis LED yang membuatkan penglihatan penunggang lebih jelas.

Sekalipun ia sebuah jentera skuter kecil yang tampak comel dan penuh bergaya, penulis perlu bersikap adil dan terbuka dalam membicarakan sesebuah jentera khususnya bagi mereka yang baru kali pertama untuk memiliki jentera dua roda. Kepada mereka yang menjadikan jentera dua roda sebegini untuk perjalanan jauh atau pulang ke kampung dan sebagainya, nasihat penulis abaikan sahaja. Beat bukan sebuah jentera untuk perjalanan yang panjang.

Bagi penulis, Beat amat sesuai dijadikan jentera dalam lokasi yang dekat tidak terlalu jauh. Namun, harganya bagi penulis terlalu ‘tebal’ khususnya bagi pengguna muda atau yang baru berjinak-jinak dengan motosikal. Model skuter Beat serba baru dijual pada tag harga RM5,555 namun ianya tidak termasuk insurans perlindungan manakala jaminan yang diberi adalah selama dua tahun atau 20,000 km.
Pilihan warna yang diberikan adalah empat warna yang menarik bermula dari Vivacity Red, Force Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue dan Space Magenta Metallic.

Previous Post

Didatangkan Dalam 4 Warna Pilihan Dengan Ciri-Ciri Yang Dikemaskini

Next Post

Model Pertama Brek Cakera Modenas Kriss 110

Next Post

Model Pertama Brek Cakera Modenas Kriss 110

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved