Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kursus Teknik Keselamatan Tunggangan Marshal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-12-24
in BULETIN, UTAMA
0

Kejayaan Kursus Teknik Keselamatan Marshal yang telah berlangsung julung kalinya di Selangor pada September dan Oktober lalu, nyata tidak berhenti disitu. Atas permintaan ramai, GIVI serta Motowazi sebagai penganjur bersama telah meneruskan kempen “Safety Riding Course Tour” di Selatan Malaysia iaitu Bandaraya Bersejarah, Melaka.

Memilih Bandaraya bersejarah Melaka sebagai destinasi pertama untuk “Southern Tour”, kursus ini telah mengumpulkan seramai 40 orang penunggang motosikal yang rata-ratanya daripada Negeri Sembilan dan Johor Bharu. Pemeriksaan dan saringan kesihatan telah dilakukan kepada semua para peserta ketika pendaftaran bagi memastikan tiada penularan wabak mahupun kontak rapat di dalam kalangan peserta serta kakitangan pihak penganjur sendiri.

Masih kekal dengan fokus utama program ini iaitu tentang teknik-teknik keselamatan yang betul kepada penunggang motosikal sebagai seorang marshal, para peserta juga didedahkan dengan undang-undang keselamatan marshal jalan raya yang perlu dipatuhi, daripada Wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM). Antara undang-undang keselamatan marshal yang ditekankan adalah seperti sebagai Marshal.

Selain daripada penghargaan sijil bagi setiap peserta, pihak GIVI juga sangat berbesar hati memberi GIVI Helmet M10.2 VISTA kepada semua peserta kami yang hadir pada hari tersebut sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka atas sokongan yang diberikan.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat meneruskan kempen keselamatan jalan raya sebegini bersama Motowazi dan ini merupakan penghargaan buat kami atas penganjuran kali kedua bersama Motowazi di Selatan Malaysia. Pemilihan Melaka sebagai destinasi pertama di Selatan Malaysia adalah bagi membuka peluang kepada penunggang-penunggang motosikal di sekitar Melaka, Negeri Sembilan serta kawasan sekitarnya bagi menyertai bersama. Walaupun masih dalam keadaan Covid-19 yang masih aktif, segala SOP perlu dipatuhi dan saringan kesihatan, pemeriksaan suhu badan dilakukan sebelum program berjalan”. – Pengurus Pemasaran GIVI Asia, Samir Sharman.

Tambahnya program sebegini mampu meningkatkan kesedaran para penunggang motosikal tentang pentingnya keselamatan jalan raya terutama ketika di dalam kumpulan. Komunikasi ketika di dalam kumpulan adalah paling penting supaya ahli kumpulan tidak menjadi punca kepada kemalangan di atas jalan raya.

 

Previous Post

Model Pertama Brek Cakera Modenas Kriss 110

Next Post

Barisan Terbaharu Untuk Penggemar Street Bike!

Next Post

Barisan Terbaharu Untuk Penggemar Street Bike!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved