Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Modenas Melancarkan Model 2020

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-20
in BULETIN, UTAMA
0

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), melancarkan skuter maxi, Modenas Elegan 250 versi ABS, dengan harga RM15,315, menjadikannya skuter yang memberikan lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan atau “value for money” di dalam segmennya. Walaupun rekabentuk Modenas Elegan 250 ABS yang baru ini mungkin tidak banyak berbeza dengan model sebelum ini namun, varian ini ada menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan.

Teknologi Baru
Modenas Elegan 250 versi ABS ini dilengkapi dengan enjin suntikan bahan api, 4 lejang dan silinder tunggal, SOHC 250cc yang menghasilkan kuasa maksimum 16.5 kW @ 7000 rpm dan tork 22.4 Nm @ 6500 rpm. Ia mempunyai sistem penyejukan cecair untuk meningkatkan prestasi penyejukan serta memberikan perlindungan dan ketahanan pada enjin.

Modenas Elegan 250 ABS juga menawarkan meter laju atau “speedometer” digital pelbagai fungsi yang memaparkan beberapa maklumat tambahan, seperti, meter perjalanan, jam digital, penunjuk voltan bateri dan terutamanya peringatan penukaran minyak. Di mana beberapa ciri ini tidak didapati pada model-model yang harganya jauh lebih tinggi di pasaran.

Satu lagi ciri yang sangat berguna ialah soket pengecas USB yang dipasang secara strategik di kotak simpan pada papan pemuka, yang membolehkan penunggang mengecas telefon pintar mereka ketika sedang berada di atas jalan atau pada bila-bila masa.

Ciri Keselamatan Terbaik
Skuter maxi Modenas Elegan 250 baru ini mendapat sistem ABS dua “channel” iaitu di bahagian depan dan belakang, yang mengelakkan roda daripada terkunci dan memberikan daya berhenti yang unggul dalam semua keadaan cuaca.

Ia juga dilengkapi dengan lampu depan projektor yang lebih bergaya dengan lampu nyalaan siang atau “Daytime Running Light” (“DRL”) jenis LED yang membantu penglihatan bagi penunggang dan pengguna jalan raya lain pada bila-bila masa, sementara lampu belakang berbentuk ‘X’ jenis LED memberikan penglihatan yang lebih terang dan mudah dilihat oleh pengguna jalanraya lain semasa menunggang di waktu malam.

Reka Bentuk Premium
Modenas Elegan 250 ABS direka untuk keselesaan dan praktikaliti. Skuter maxi ini menawarkan ruang simpanan bawah tempat duduk yang cukup besar dan boleh memuatkan dua helmet, atau barangan membeli belah; ataupun apa sahaja yang mungkin anda ingin bawa semasa percutian pendek anda. Tempat duduknya memberikan keselesaan tambahan bagi penunggang dan pembonceng, sementara tempat letak kaki direka secara dinamik untuk kedudukan kaki yang lebih fleksibel dan relaks yang menjanjikan keselesaan yang lebih baik dalam semua jenis situasi tunggangan.

Selain daripada peningkatan prestasi dan gaya, Modenas Elegan 250 ABS juga menawarkan perjalanan yang lebih selamat dan selesa dengan kerangka tinggi serta lengan ayun belakang yang memberi tunggangan yang lebih stabil.

Modenas Elegan 250 ABS hadir dalam dua warna bergaya – Matte Satin Merah dan Matte Satin Hitam; dan boleh didapati di semua pengedar sah MODENAS bermula November 2020.

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS menyatakan kegembiraannya memperkenalkan Modenas Elegan 250 ABS yang baru dalam barisan produk Syarikat dan yakin bahawa ia akan memberi impak untuk pasaran motosikal tempatan. Beliau juga optimis terhadap prestasi perniagaan MODENAS disebalik situasi pandemik COVID-19.

“Pelancaran Modenas Elegan 250 ABS ini telah memberikan lebih pilihan kepada pelanggan terutama untuk segmen skuter maxi. Dengan adanya sistem ABS yang merupakan salah satu ciri keselamatan penting pada sebuah motosikal dan ditambah dengan beberapa ciri dan warna baharu, saya yakin ia akan terbukti berjaya di pasaran,” kata Roslan.

“Walaupun keadaan COVID-19 masih tidak menentu di negara ini, MODENAS telah bekerja keras selama beberapa bulan terakhir untuk menebus masa yang hilang akibat daripada gangguan pandemik tersebut. Kami merancang untuk melancarkan lebih banyak produk, yang kami percaya akan membantu MODENAS mengakhiri tahun ini dengan kedudukan yang kukuh,” tambahnya.

Previous Post

Berakhirnya Sebuah Era, Dihentikan Sementara Atau Selama-lamanya?

Next Post

Penampilan Baharu Mirip Panigale

Next Post

Penampilan Baharu Mirip Panigale

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved