Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Model Versi Ke-8 Sejak Diperkenalkan Pada 2006

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-04-22
in BULETIN, UTAMA
0

HONG Leong Yamaha Malaysia (HLYM) memperkenalkan motosikal tersohornya, Yamaha 135LC Fi pada pelancaran yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini. Model ini merupakan versi ke-8 model Yamaha itu sejak ia diperkenalkan pada tahun 2006.

Menarik mengenai model ini, ia diilhamkan rekaan tempatan dengan idea dan input datang dari HLYM namun rekaannya masih dibangunkan di Jepun sendiri. Paling istimewa, (model) ini merupakan citarasa tempatan dan difahamkan Yamaha 135LC Fi hanya dijual untuk pasaran tempatan sahaja.

PASARAN TEMPATAN
Untuk ketika ini, model terbaharu Yamaha ini hanya dipasarkan untuk pasaran tempatan sahaja. Masih belum ada perancangan buat masa terdekat LC135 Fi akan dipasarkan ke negara lain terutamanya negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat permintaan untuk model 135LC dari kalangan negara seperti Vietnam atau Indonesia, HLYM besar kemungkinan akan mempertimbangkan permintaan tersebut.

REKAAN YANG BERBEZA
Seperti yang kita maklum, Yamaha 135LC Fi merupakan adunan dari model sebelum itu seperti model Y125ZR, Y15ZR dan Y16ZR. Sejak diperkenalkan belasan tahun di pasaran tempatan, 135LC Fi kini mendapat sentuhan yang jelas lebih agresif.

Secara keseluruhan, 135 LC Fi terlalu jauh berbeza dari edisi sebelum ini. Bermula dari aspek kerangka, ia dibina semula bagi menjadikan ia lebih ringan dan lebih kukuh. Penambahbaikan ini menjadi model generasi ini lebih dinamik dan ergonamik bagi menyesuaikan faktor kenderaan dua roda yang kerap digunakan.

Selain itu, penulis melihat badan 135LC Fi jelas berbeza sama sekali. Baik susuk di depan mahupun susuk di belakang. Di bahagian tengah, ia tampak lebih besar terutamanya di bahagian tengah jentera terbabit. Rekaan itu meletakkan tangki bahan api lebih besar dari sebelumnya.

Kapasiti 4.6liter atau sekitar RM9.00 lebih mampu membawa anda lebih jauh tanpa perlu melakukan pengisian semula bahan api pada jarak yang dekat.

Rekabentuk di bahagian hadapan pula, dinaiktaraf semula. Rekabentuk aerodinamik dengan cowling (mudgat) mencuri tumpuan pihak media. Hal ini difahamkan dapat meningkatkan kecekapan, mengurangkan geseran, serta tekanan angin di bahagian lutut ketika meluncur di atas jalan raya.

PANEL METER
Sekali imbas, ramai kaki motor dapat meneka dengan tepat malah lebih maklum mengenai panel meter yang digunakan oleh model 135LC Fi.

Bukan itu sahaja, kedua-dua lampu samada di depan dan belakang turut mendapat pengubahsuaian. Selain bentuk ‘kepala’ yang jelas mirip YSuku, bahagian meter pula diadaptasi dari model Y16. Speedometer digital baharu, tampak lebih kemas berbanding versi sebelum ini.

Padanan itu bagi penulis membolehkan pengguna melihat meter dengan lebih jelas dalam pelbagai cuaca dan keadaan tunggangan untuk mendapatkan fungsi maklumat dengan tepat. Begitu juga dengan lampu had jenis LED dan lampu pilot baharu. Walaupun seakan seiras, lampu 135LC Fi direka bagi melengkapkan reka bentuk agresif keseluruhan jentera ini.

Bukan sahaja lampu hadapan, rekaan lampu belakang dengan garis kontur berbentuk tajam ditambahbaikan dengan penggunaan lampu jenis LED sekali gus memberi pencahayaan yang lebih baik dan juga info kepada pengguna kenderaan lain.

ENJIN LEBIH AGRESIF DENGAN Fi
Terkenal dengan gelaran Evolusi Penakluk, tujuh model terdahulu sekadar menggunakan enjin karburator. Namun berbeza bagi model versi ke-8, Yamaha menampilkan enjin suntikan bahan api tahap EU4 serba baharu.

Dikuasakan dengan enjin jenis klac automatik, Yamaha 135LC Fi serba baharu dilengkapi suntikan bahan api dan sejukan cecair, mematuhi piawaian EU4 sekali gus menjadikan enjin ini jelas lebih berprestasi tinggi, efisien dan lebih lancar.


ENTITI LAMA, DIPERBAHARUI
Penulis cukup tertarik dengan kehadiran brek cakera belakang jenis dipertingkatkan. Bukan itu sahaja, lengan ayun juga direka dengan ciri-ciri yang berkuasa bagi membolehkan jentera ini dapat menerima tekanan sistem pemberhentian yang stabil dan efisien.
Tidak lupa juga, kunci untuk membuka tangki minyak. Jika sebelum ini, pengguna akan mencabutkan kunci, kini anda tidak perlu lagi. Hanya pusingkan kunci ke sebelah kiri dan anda akan membuka pelana tempat duduk dengan mudah.

4 PILIHAN WARNA
Pemilihan torna warna sememangnya dititik beratkan oleh pihak HLYM. Empat pilihan variasi warna yang menjadi kesukaan pengguna nyata berbeza dari model sebelum ini. Bermula dari Merah (Ruby Red), Crystal Cyan (Hijau), Midnight Star (Ungu) dan tidak ketinggalan pilihan esklusif bagi warna Desert Storm (SE).

Untuk model Desert Storm, pemilik mendapat sedikit keistimewaan apabila rim sukan (sportrim) berwarna emas, logo 135LC bertinta emas diletakkan di bahagian kiri dan kanan. Sementara bagi tiga model yang lain pula, pelekat logo jenis biasa dan rim sukan dengan salutan warna hitam sahaja.

Previous Post

Kejuaraan Yang Bakal Mencungkil Lebih Ramai Bakat Baharu!

Next Post

Jentera Itali, Landas Di Malaysia

Next Post

Jentera Itali, Landas Di Malaysia

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved