Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd. (“TWMR”) mengumumkan kerjasama dengan TVS Racing, pasukan factory TVS Motor Company untuk penyertaannya di TVS Asia One-Make Championship yang berlangsung seiring dengan FIM Asia Road Racing Championship (“ARRC”).
Kejohanan ini bakal menyaksikan 16 orang pelumba dari seluruh Asia yang akan diputuskan pada 27 April ini. Pemilihan akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang di mana turut berlangsungnya ARRC Round 2 pada Mei ini.
Menurut Ketua Bisnes Premium, TVS Motor Company, En. Vimal Sumbly, berkata pihaknya teruja untuk mengukir kejayaan di peringkat kebangsaan. Kejuaraan TVS Asia One Make memainkan peranan penting dalam perjalanan global untuk TVS Racing. Selain itu, pihaknya tidak sabar mengalu-alukan penyertaan pelumba antarabangsa bersaing dengan motosikal TVS Asia One Make Apache RR 310 di kejuaraan akan datang.
Manakala menurut Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd. Iaitu Ron Hogg berkata, penyertaan TVS Racing dalam One-Make Championship adalah satu tindakan berani yang semestinya membuka ruang untuk mencungkil bakat-bakat baharu. Selain itu, membawa rakan kongsi dan pengeluar baharu dalam menyemarakkan lagi minat untuk perlumbaan FIM Asia Road Racing Championship secara amnya.