Terbaharu dan yang pertama dari Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, minyak pelincir motosikal tulen yang kini sudah pun berada di pasaran. Hasil kerjasama dengan Idemitsu dari Jepun, minyak pelincir Kawasaki ini boleh didapati dalam dua jenis; 4T Semi Synthetic dan 4T Fully Synthetic Genuine Oil untuk enjin empat strok.
Kedua-dua minyak pelincir ini direka khas untuk para pemilik motosikal Kawasaki di Malaysia untuk menambahkan kecekapan pengunaan bahan api, meningkatkan prestasi klac basah serta penukaran gear berkualiti. Malah, penggunaan minyak pelincir ini juga dikatakan mampu mengurangkan kesan kepada enjin apabila dihidupkan waktu sejuk pada suhu rendah.
Minyak pelincir 4T Semi Synthetic ini merupakan pelincir sintetik yang diadun khas bagi memberi pelindungan maksimum untuk enjin berprestasi tinggi. Manakala minyak pelincir berkualiti premium 4T Synthetic pula memberikan kuasa dan prestasi yang optimum. Kedua-dua minyak pelincir pertama dari Kawasaki ini boleh didapati di kedai Kawasaki GT World, Ninja Shop dan Green Station pada harga RM29.90 (4T Semi Synthetic Oil 10W-40 SL JASO MA2) dan RM39.90 (4T Fully Synthetic Oil 10W-40 SL JASO MA2).
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd
No.12, Jalan Jurunilai U1/20,
Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
No Tel : 03 – 5566 5688
Facebook : https://www.facebook.com/kawasakimotorsmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/kawasakimsia/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCdtfsBfF6YeuHnZB_BLKndw
Web : https://www.kawasaki.com.my/home/