Bagi memastikan kelancaran penganjuran Automechanika Kuala Lumpur 2019, satu sidang media telah diadakan di Cloud9, Pavillion Kuala Lumpur pada 30 Januari lalu. Sidang media ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan barisan rakan-rakan kongsi, memberi pendedahan tentang program yang telah disediakan termasuk objektif dan sasaran penganjuran Automechanika.
Dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, acara ini masih mengekalkan tema Sumber – Latihan – Hiburan dan merupakan platform paling ideal untuk para penggiat dunia automotif samada tempatan dan luar negara membina jaringan serta melebarkan lagi perniagaan masing-masing di rantau asia.