Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bos Bob sekental Harley

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-01-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Harley Davidson adalah sebuah motor yang berjaya memasarkan komuniti mereka yang unik. Ia adalah motosikal tertua dengan “puak” yang tercipta asing dari senario motosikal lain. Pemilik lazimnya terdiri dari peminat khusus motosikal easy rider yang percaya dengan keutuhan jenama dan nilai Amerika.

Ia menghasilkan ribuan kelab di seluruh dunia. Hari perhimpunannya disambut meriah menjadikannya motosikal jenama paling berpengaruh di dunia. Komunitinya berkembang pesat walhal motosikalnya tidaklah sebanyak pilihan pengeluar lain.

Bob adalah salah seorang dari ribuan peminat tegar Harley di Malaysia. Dari koleksi motosikal yang beliau miliki, jelas ia bukanlah hobi hujung minggu. Dari Harley itu sendiri, Bob berjaya menyatukan komuniti kecil di Kemaman, berkembang dengan membuka bengkel khusus untuk motosikal Harley di sebuah bandar nun jauh di Pantai Timur.

Ia kedengaran asing, namun itulah usaha yang dilakukan dengan cukup serius bagi membolehkan pengguna dari Pantai Timur mendapat manfaat sewajarnya bila menggunakan jenama ini. Ia bukanlah satu usaha yang mudah untuk mengkhusus pada jenama yang dianggap mewah.

Demi menyatukan pemilik Harley, Bob telah menubuhkan kelab khas. Bertindak sebagai presiden, beliau dibantu oleh 11 orang rakannya yang lain yang terdiri dari Timbalan Presiden saudara Halim, setiausaha Megat, Syed Joe, Cumins, Azuan, Matt, Saiful Mat Korn dan dibantu oleh kru Rizuan dan C’Kung.

Dari kelab inilah idea untuk menubuhkan bengkel Harley yang merupakan satu-satunya bengkel yang dapat memenuhi keperluan pengguna di negeri sebelah Pantai Timur. Iron Head Garage (IHG) adalah sebuah bengkel motosikal yang terletak di Chukai, Kemaman, Terengganu yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, talaan enjin, pengubahsuaian dan menjual bahagian-bahagian untuk motosikal bersesaran tinggi.

Bermula sebagai sebuah bengkel kecil pada tahun 2014, kini IHG telah berkembang menjadi sebuah organisasi melalui kerja keras dan dedikasi. IHG memberikan perkhidmatan berkualiti dalam penyelenggaraan motosikal yang meluas dan diiktiraf dalam pasaran tempatan. Garis panduan jaminan kualiti dalaman dikekalkan sekali gus menjadikan IHG salah satu bengkel yang dikenali di negeri Terengganu umumnya.

IHG terdiri daripada pasukan khusus mekanik yang cekap dan terlatih. Kakitangan teknikalnya mempunyai pelbagai dimensi “hands-on” dan pengalaman dalam penyelenggaraan pelbagai jenis motosikal Amerika dan Jepun.

IRON HEAD MG CLUB

Kelab yang dikenali sebagai IRON HEAD MG ini telah melancarkan beberapa program dan turut memberi sokongan terhadap beberapa aktiviti permotoran yang dijalankan. Mereka menyertai pelbagai program termasuk konvoi ke PD Bike Week, menyertai program yang diadakan di Pantai Balok Pahang, Ride Rollin’ Wheelz. Mereka turut menerima kunjungan dari VIOLENT STORM MG & HARLEY OWNER GROUP (HOG) Malaysia.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Oktober seperti Ride Santai KT, Sembang Santai with Ali Russia, Ride Ikan Patin Temerloh 1.0, lawatan dari SHADOWFAX MC. Sebagai seorang peminat Harley sejati, Bob memiliki dua buah model iaitu Night Rod Special dan Roadglide Rushmore Special. Kedua-dua buah model ini telah ditingkattaraf dengan cukup ekstensif.

HARLEY DAVIDSON NIGHT ROD SPECIAL

Motosikal keluaran 2008 yang didaftarkan pada 2014 ini diubahsuai dengan beberapa peningkatan di bahagian enjin seperti palam pencucuh Screamin Eagle, penapis udara K&N high flow, Screaming eagle supertuner dan sistem ekzos lengkap V&H black competition.

Bahagian kosmetik pula menerima set badan dari Stealth buatan Jerman dicat oleh Boy Rolling Ink dan saiz tayar kit 300. Bar hendal hadapan dari Grcustoms, tuil-tuil kawalan dan penghadangnya dari dari Cult werk. Paling sadis mungkin suspensi udara bolehlaras dari Legend Aero-A

HARLEY DAVIDSON ROADGLIDE RUSHMORE SPECIAL

Model edisi khas Roadglide yang dibeli terus dari Harley Davidson Orlando, Amerika Syarikat. Kisahnya lebih menarik kerana motor ini hanya memerlukan seminggu tempoh didaftar dan diubahsuai demi mengejar tarikh pertunjukan KL Bike Week.

Pemasangan peralatan aftermarket terdiri daripada Performance machine air intake, Performance machine horn cover, Arlen Ness 10 gauge rocker cover, Arlen Ness 10 gauge cam cover, Arlen Ness 10 gauge transmission cover tepi dan atas, Arlen Ness 10 gauge primary cover, V&H dresser dual exhaust header berserta CFR exhaust muffler.

Mungkin antara yang susah kelihatan di Malaysia ialah pemasangan kit lengkap Glide ini dengan bodykit dari Bad Dad. Motosikal ini juga dilengkapi dengan aksesori Arlen Ness seperti cermin sisi, grip hendal suspensi depan, cakera brek dan beberapa aksesori lagi.

Tidak ketinggalan ialah sistem audio yang menampilkan tingkattaraf speaker belakang bersama power amplifier 630w J&M.

Previous Post

TAIKOM Racing Carburetor

Next Post

Minyak pelincir dari Kawasaki

Next Post

Minyak pelincir dari Kawasaki

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved