Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Meriahkan Segmen Touring Adventure, Harga Bawah RM39k

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-03-24
in UTAMA
0

Peminat motosikal touring pasti tersenyum lebar dengan pengumuman yang dilakukan oleh CFMoto. Tidak perlu pening kepala untuk keluar bajet yang besar kerana jentera yang dilancarkan oleh CFMoto memenuhi setiap kehendak pencinta jentera touring.

Dilabelkan dalam segmen touring adventure, CFMoto 700MT yang merupakan ‘adik’ kepada model terdahulu CFMoto 800MT ditawarkan pada harga yang mampu milik sekitar RM33.8k, pasti membuatkan ramai peminat mula berkira-kira untuk menyambar jentera ini. Sudahlah harganya ‘tidak masuk akal’, malah jajan yang diberikan termasuk tiga box simpanan (top box dan box kiri dan kanan) hadir sama dalam pembelian model ini.

 

CFMoto 700MT merupakan model terbaharu yang berada dalam varian adventure touring dipadankan dengan kuasa enjin 2-silinder, 4-lejang, DOHC, sistem penyejukan cecair bersesaran 693cc, kuasa maksimum 50kW pada 9,500rpm dan tork maksimum 60Nm pada 6,000rpm.

Dengan nisbah mampatan 11.6:1, model ini direka untuk menawarkan keseimbangan optimum antara prestasi dan kecekapan bahan api, menjadikannya pilihan terbaik bagi penjelajahan jarak jauh. Dari segi sistem transmisi pula, CFMoto 700MT menggunakan kotak gear 6-kelajuan dengan fungsi klac slipper, memastikan pertukaran gear yang lebih lancar dan kawalan lebih baik, terutama dalam keadaan jalan yang mencabar.

 

Sistem pacuan rantai turut memastikan penghantaran kuasa yang cekap sepanjang perjalanan. Uniknya, CFMOTO 700MT turut dilengkapi fungsi Upshift Alert yang berperanan memberikan amaran kepada penunggang apabila perlu menukar gear ke atas (upshift). Ia membantu mengoptimumkan prestasi enjin dengan memastikan penukaran gear berlaku pada keadaan yang sesuai bermula dari tetapan 2,000rpm sehingga 11,900rpm.

Bagi mengekalkan kestabilan optimum di pelbagai permukaan jalan, CFMOTO 700MT dilengkapi dengan suspensi hadapan upside-down dan penyerap hentak belakang monoshock boleh laras. Hal ini mampu meningkatkan prestasi motosikal untuk perjalanan jauh serta penjelajahan off-road.

 

CFMOTO 700MT juga dilengkapi lapan port piston caliper dan dua brek cakera berkembar pada bahagian hadapan serta satu port piston caliper dengan cakera tunggal di bahagian belakang. Ditambah juga fungsi ABS dua saluran untuk memastikan kuasa pemberhentian yang lebih responsif dan selamat dalam pelbagai keadaan jalan. Lebih eksklusif, ABS pada bahagian tayar belakang boleh dinyahaktifkan untuk meningkatkan kepuasan penggemar-penggemar off-road.

Fungsi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) juga boleh ditetapkan untuk aktif atau tidak bergantung kepada mod tunggangan si penunggang. CFMOTO 700MT turut dilengkapi dengan fungsi Pemanas Grip dan Pemanas Tempat Duduk yang boleh dilaras mengikut beberapa tahap untuk memastikan keselesaan optimum bagi penunggang.

Ciri ini amat berguna dalam memberikan kehangatan dan keselesaan tambahan sepanjang tunggangan terutamanya mereka yang menempuh perjalanan jauh khususnya kawasan bersuhu rendah. Dari segi ketahanan, model ini dibina dengan swingarm jenis aloi aluminium dua sisi. Ia menggunakan tayar CST jenis spoke tubeless bersaiz 110/80 R19 di hadapan dan 150/70 R17 di belakang, memberikan cengkaman yang lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan.

Pelindung hentakan dan plat pelindung pada CFMOTO 700MT direka untuk memberikan perlindungan tambahan kepada enjin dan rangka dalaman motosikal, mengurangkan risiko kerosakan akibat hentakan atau serpihan ketika menunggang di laluan mencabar.

Dengan dimensi keseluruhan 2,244mm (panjang) x 932mm (lebar) x 1,435mm (tinggi) serta jarak roda 1,445mm, CFMOTO 700MT menawarkan kestabilan terbaik bagi pengendalian dalam pelbagai situasi. Tempat duduk pada ketinggian 800mm serta jarak daritanah 190mm menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis penunggang.

Untuk kemudahan dan pengalaman tunggangan lebih baik, ia dilengkapi dengan paparan meter TFT 5 inci yang memberikan akses mudah kepada maklumat penting sepanjang perjalanan serta mengelakkan dari masalah silau berlaku. Selain itu, motosikal ini turut menyediakan port pengecasan USB Type-A dan Type-C.

Pemilik motosikal yang memiliki peranti T-Box juga dapat menggunakan pelbagai aplikasi pintar yang menarik untuk diteroka iaitu CFMOTO Ride App dengan fungsi-fungsi tambahan seperti My Ride, lokasi sebenar, sistem peringatan dan sebagainya.

Pada bahagian hadapan CFMOTO 700MT juga mempunyai pelindung angin yang boleh dilaras secara manual mengikut keselesaan dan keperluan penunggang. Motosikal ini juga dilengkapi dengan dua ruang simpanan sisi (side boxes) serta ruang simpanan atas (top box) masing-masing dengan kapasiti 35L dan 45L.

Sistem keselamatan turut dipertingkatkan dengan fungsi TPMS (Sistem Pemantauan Tekanan Tayar) yang memastikan tayar berada dalam keadaan optimum setiap masa. CFMOTO 700MT juga mempunyai Emergency Stop Signal (ESS) yang mengaktifkan lampu kecemasan secara automatik semasa brek kecemasan.

Bagi ketahanan perjalanan jauh, motosikal ini hadir dengan tangki bahan api berkapasiti 20 liter, membolehkan penunggang menikmati perjalanan lebih panjang tanpa perlu kerap mengisi minyak.

Spesifikasi canggih dan ciri keselamatan yang lengkap ini telah menjadikan CFMOTO 700MT sebagai pilihan ideal bagi mereka yang mencari motosikal touring berprestasi tinggi dengan teknologi moden.

CFMoto 700MT hadir pada tag harga bermula RM33,888 tidak termasuk cukai jalan dan insuran dan model ‘adventure touring’ ini mampu dimiliki menerusi pengedar sah CFMOTO Malaysia. Ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik, Nebula Black dan Nebula White, CFMoto 700MT menjanjikan kepuasan tunggangan yang luar biasa, sama ada di laluan off-road mahupun on-road.

Dengan setiap pembelian CFMoto 700MT, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.

Previous Post

Retro Klasik Moden Masa Kini, Harga Sekitar RM9k

Next Post

Dikuasakan Enjin V2-Silinder, Dijual Pada Harga Di Bawah RM28k

Next Post

Dikuasakan Enjin V2-Silinder, Dijual Pada Harga Di Bawah RM28k

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved