Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dikuasakan Enjin V2-Silinder, Dijual Pada Harga Di Bawah RM28k

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-03-27
in BULETIN
0

Benda Chinchilla 500, sebuah motosikal kruiser kelas pertengahan (mid-range) keluaran Benda Malaysia tampil dengan ciri-ciri kuasa, gaya dan teknologi terkini antara yang diluncurkan pada majlis iftar ‘Santapan Berbuka Bersama Media baru-baru ini.

Bagi mereka yang sukakan tunggangan yang santai dalam jarak jauh namun penuh dengan kuasa, Benda Chinchilla 500 dilengkapi dengan enjin bersaiz sederhana, kedudukan tempat duduk yang seimbang dan reka bentuk ergonomic turut dilihat amat selesa bagi tunggang ulang alik kerja di jalan raya bandar.

Berbekalkan enjin V2-silinder, 4-lejang, 8-injap, DOHC dan 475.6cc, jentera cruiser ini memberikan pengalaman menunggang yang autentik, berkuasa dan mengutamakan kepuasan penunggang. Harga bagi Benda Chinchilla 500 bermula dari tag harga RM 27,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) juga membuatkan peminat cukup teruja dan amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model ini.

Untuk info, Benda Chinchilla 500 hadir dengan tiga pilihan warna yang elegan dengan aura keperibadian yang unik iaitu Hitam, Biru dan Kelabu. Motosikal ini turut menawarkan gabungan reka bentuk retro-moden yang memikat. Ia dipadankan dengan lampu LED depan dan belakang yang bersifat estetika vintaj dan teknologi terkini, motosikal ini bukan sahaja kelihatan berani tetapi juga meningkatkan keselamatan penunggang.

Jentera dua roda ini turut menghasilkan kuasa maksimum 35.0 kW pada 9,000 rpm dan tork maksimum 42.0 Nm pada 7,200 rpm. Sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) memastikan prestasi yang lancar dan cekap, sesuai untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jauh.

Benda Chinchilla 500 juga dilengkapi dengan sistem keselamatan optimum iaitu fungsi ABS dwi-saluran dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang meningkatkan keselamatan serta kestabilan tayar khususnya semasa ketika memecut dan brek mengejut di permukaan licin atau berpasir.

Selain itu, motosikal ini turut dilengkapi dengan Side Stand Safety Switch yang menyekat motosikal daripada hidup semasa menukar gear dalam keadaan tongkat motosikal tidak diangkat. Penggunaan tali sawat sebagai medium transmisi turut meningkatkan kelancaran dan keselesaan semasa menunggang.

Dengan tangki bahan api berkapasiti 16 liter, Benda Chinchilla 500 memberikan kepuasan dari segi jarak perjalanan yang lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak.

Jentera ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi depan fork teleskopik jenis upside down dan suspensi belakang penyerap hentak berkembar yang menstabilkan kawalan secara lebih baik semasa menunggang.

Selari dengan konsep retro-moden, Benda Chinchilla 500 turut dilengkapi panel meter digital yang minimalis dengan pemaparan maklumat yang jelas. Selain itu, motosikal ini juga dilengkapi dengan dua jenis port pengecasan USB iaitu Type-A dan Type-C yang membolehkan penunggang mengecas peranti mereka semasa dalam perjalanan.

Dengan reka bentuk yang ergonomik, Benda Chinchilla 500 menawarkan dua tempat duduk yang selesa untuk penunggang dan pembonceng. Bagi meningkatkan kenikmatan tunggangan, sistem ekzos berkembar turut memberikan bunyi deruman enjin yang garau dan ‘bassy’ tetapi juga menambah elemen gaya pada motosikal ini.

Berat keseluruhan cruiser ini adalah 215kg dengan ketinggian tempat duduk 705mm. Dimensinya pula adalah 2,220mm panjang, 890mm lebar dan tinggi 1,150mm. Saiz tayar hadapan bersaiz 150/80-16 dan tayar belakang 180/65-16. Bagi diameter dan lejang pula, masing-masing berukuran 69mm dan 63.6mm.

Benda Chinchilla 500 telah memberikan definisi sempurna antara kuasa, gaya dan teknologi. Dengan reka bentuknya yang menarik, prestasi yang mengujakan dan ciri-ciri keselamatan yang canggih, motosikal ini pasti akan menjadi pilihan utama bagi peminat motosikal di Malaysia.

Dengan setiap pembelian Benda Chinchilla 500, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

Previous Post

Meriahkan Segmen Touring Adventure, Harga Bawah RM39k

Next Post

Perjalanan Selamat, Kenangan Terindah

Next Post

Perjalanan Selamat, Kenangan Terindah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved