Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Retro Klasik Moden Masa Kini, Harga Sekitar RM9k

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-03-21
in BULETIN
0

Ketika hari terakhir lawatan para pengamal media Malaysia ke Chongqing, kami berpeluang untuk mengadakan lawatan ke bilik pameran sebuah jenama motosikal KAMAX. Jenama motosikal itu hanya ‘melahirkan’ dua jenis motosikal iaitu model cubcross (kapcai) dan juga motocross.

Di Malaysia, jenama KAMAX diperkenalkan oleh KTNS Holdings yang sebelum itu membawa masuk jentera bersesaran kecil KAMAX Super Pro 125cc. Namun wakil media Malaysia diberi keistimewaan apabila dapat menatap sebuah model baharu KAMAX dalam segmen cubcross yang dikenali dengan KAMAX Cub X 150.

 

Sekali imbas tidak banyak perbezaan antara KAMAX Super Pro 125cc dan KAMAX Cub X 150. Namun dari segi prestasi, Super Pro 125cc dan Cub X 150 adalah sesuatu model yang berbeza. KAMAX Cub X 150 diberi nafas berbeza dengan Super Pro 125cc. Hadir dengan tangki minyak berkapasiti 3.8 liter, model ini mempunyai berat 110kg kurang 5 kg berbanding model Super Pro 125cc.

Ketinggian tempat duduk sekitar 790mm tidak terlalu tinggi mahupun terlalu rendah dengan jarak kelegaan tanah sekitar 125mm. Cukup sesuai dengan ketinggian penulis. Lebih membuatkan penulis tertarik adalah pelananya.

Ia didatang dengan satu pelana sahaja. Manakala di bahagian pembonceng diletakkan rak besi bagi meletakkan bakul atau kotak simpanan bersaiz sederhana. Secara tidak langsung, jentera ini juga cukup sesuai dengan rider yang melakukan aktiviti penghantaran.

Menarik mengenai retro klasik moden ini ialah penggunaan lampu utama menggunakan jenis LED termasuk lampu isyarat depan dan belakang. Manakala panel meter dipadankan dengan jenis LCD menampakkan ia sebuah jentera retro klasik moden.

Untuk info pembaca, Cub X 150 mengguna pakai asas yang sama dengan Super Pro 125 namun dengan beberapa naik taraf berbeza bagi menjadi model itu membentuk sebuah motosikal ala cubcross. Penggunaan tayar cubcross atau knobby dengan padanan rim spoke (lidi) dengan tayar tanpa tiub, mewujudkan elemen cubcross yang sempurna bagi sebuah motosikal 150cc.

Usah risau mengenai kemampuan KAMAX Cub X 150 kerana ia mengguna pakai komponen suspensi sama yang dibekalkan kepada jentera Honda. Hal-hal lain seperti sistem tanpa kunci (keyless) meletakkan motosikal ini pilihan yang wajar dipertimbangkan oleh pengguna di Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, pihak KAMAX di China akan menggunakan pendekatan atau kesesuaian yang berbeza bagi pasaran di Malaysia. Tidak seperti model sedia ada, untuk pasaran di Malaysia, pihak KAMAX akan meggunakan komponen yang lebih sesuai dengan corak tunggangan dan cuaca yang ekstrem di Malaysia.

Mengambil kira aspek lain seperti keadaan jalan raya, faktor cuaca dan cara penggunaan motosikal di Malaysia, Cub X 150 yang hadir pada suku ketiga tahun 2025 dijangka mampu memenuhi setiap jangkaan pengguna tempatan dengan penukaran beberapa komponen berkualiti tinggi.

Cub X 150 dipacu enjin satu silinder 147.5cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menghamburkan kuasa sekitar 9hp pada 7,500rpm dan 10.5Nm pada 5,000rpm dengan dua pilihan warna iaitu Hitam dan Hijau Matte.

Menurut sumber MForce, KAMAX Cub X 150 ini dijangka dijual pada harga sekitar RM9k dan Malaysia merupakan negara kedua selepas Rusia yang menawarkan produk itu ke pasaran tempatan.

 

SPESIFIKASI KAMAX CUB X 150
Dimensi: 1930mm x 720mm x 1000mm
Wheelbase 1245mm
Kelegaan Tanah: 125mm
Ketinggian
Tempat Duduk: 760mm
Berat: 110kg
Casis: Frame Keluli Aluminium
Jenis Brek: 220mm cakera hidraulik (dengan/tiada ABS)- (Depan/Belakang)
Penggunaan Kadar
Bahan Api: 68.8km/l (dengan 2 penunggang)/70km/j (1 penunggang)
Kuasa Anjakan: 147.5
Sistem Penghidup: Penghidup Elektrik
Sistem Brek: Tangan/Kaki
Jenis Roda Rim: Roda Aluminium (Depan dan Belakang)
Spesifikasi Tayar: Depan 80/100 – 17, Belakang 80/100 – 17 (tanpa tiub)
Bateri: 12V4
Kapasiti Petrol: 3.8l
Suspensi Depan: 26mm hydraulik telescopik front shock absorbers.
Suspensi Belakang: Dual silinder shock absorbers dengan 3.6 ini of travel
Rantai & Spoket: 14T/36T 428H
Fuel Supply Method: Jenis Elektrik (PGM Fi)
Penggunaan Gear: 4 gear
Jenis Klac: Wet multi-plate clutch /dwi cengkaman
Kaburetor/EFI: BOSCH EFI

SPESIFIKASI KAMAX CUB PRO T125
Dimensi: 1915mm x 720mm x 1000mm
Wheelbase 1245mm
Ketinggian
Tempat Duduk: 760mm
Berat: 115kg
Casis: Frame Keluli Aluminium
Jenis Brek: 220mm hydraulic disc (with/witout ABS)- (Depan),
Brek Drum (Belakang)
Fuel Consumption
Rate: 68.8km/l (dengan 2 penunggang)/70km/j (1 penunggang)
Sistem Brek: Tangan/Kaki
Jenis Roda Rim: Roda Aluminium (Depan dan Belakang)
Spesifikasi Tayar: Depan 80/90 – 17, Belakang 90/90 – 17
Bateri: 12V4
Kapasiti Petrol: 3.8l
Suspensi Depan: 26mm hydraulic telescopik front shock absorbers.
Suspensi Belakang: Dual silinder shock absorbers dengan 3.6 ini of travel
Rantai & Spoket: 14T/36T 428H
Kaburetor/EFI: BOSCH EFI
Sudut Caster: 26.5 darjah

Previous Post

Penunggang Solo Belanda Berkongsi Kisah di Pulau Pinang

Next Post

Meriahkan Segmen Touring Adventure, Harga Bawah RM39k

Next Post

Meriahkan Segmen Touring Adventure, Harga Bawah RM39k

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved