Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Mentakrif Semula Prestasi & Pengembaraan Dalam Pasaran Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-07-21
in BULETIN, UTAMA
0

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd
(“MODENAS”), baru-baru ini memperkenalkan model yang dinanti-nantikan iaitu Z650, Ninja 650, dan Versys 650 versi 2023 kepada peminat motosikal di seluruh Malaysia. Model baru ini digabungkan dengan gaya, kuasa dan menawarkan prestasi yang tiada tandingan serta pengalaman yang amat menarik ketika tunggangan.

Modenas Z650
Z650 2023 yang terkenal dengan gayanya yang agresif dan prestasi yang menggembirakan, telah menetapkan penanda aras baharu dalam kategori kelas pertengahan. Dilengkapi dengan enjin berkembar selari 649cc yang berkuasa, ia memberikan gabungan tork dan responsif yang mengagumkan. Model Z650 baharu ini menawarkan: – Kedudukan Ergonomik Ditambah baik: Kerangka yang direka bentuk semula dan kedudukan tunggangan yang lebih ergonomik memastikan keselesaan dan kawalan yang mantap untuk semua jenis penunggang.– Elektronik Canggih: Z650 kini menampilkan meter TFT penuh yang memberikan paparan yang jelas dan menawarkan mod tunggangan yang berbeza iaitu “Sport”, “Road” dan “Rain”.– Pengendalian Kawalan Ditingkatkan: Suspensi yang dikemas kini dan casis yang dipertingkatkan menyumbang kepada pengendalian yang mantap dan kawalan yang lincah.

Didatangkan dalam dua warna pilihan; Metallic Spark Black dan Metallic Matte Graphenesteel Gray. Masing-masing dengan harga jualan yang disyorkan RM34,500.00 dan RM35,200.00.


Modenas Ninja 650
Ninja 650 versi 2023, kegemaran di kalangan peminat “sportsbike” ini menggabungkan prestasi mendebarkan setiap hari. Dikuasakan oleh enjin 649cc, ia memberikan pecutan yang luar biasa. Model versi 2023 ini memperkenalkan beberapa peningkatan yang ketara:
– Rekaan Menarik: Ninja 650 baharu ini menampilkan reka bentuk yang agresif, pencahayaan LED dan bentuk hadapan yang lebih tajam, yang menampakkan sifat garang.
– Teknologi Canggih: Penunggang boleh menikmati kemudahan sambungan telefon pintar melalui aplikasi “Rideology” oleh KAWASAKI, yang membolehkan akses kepada maklumat dan data penting.
– Ciri Keselamatan Ditingkatkan: Penambahan brek ABS dan kawalan cengkaman memastikan keselamatan dan kestabilan yang dipertingkatkan semasa pelbagai keadaan tunggangan.
Didatangkan dalam dua warna pilihan; Metallic Matte Graphenesteel Gray dan Lime Green atau Ebony. Masing-masing dengan harga jualan yang disyorkan RM35,200.00 dan RM35,900.00.

Modenas Versys 650
Kawasaki Versys 650 versi 2023 yang terkenal dengan fleksibiliti dan prestasi sedia untuk mengembara, terus
dipertingkatkan dan dikemaskini bagi segmen pertengahan untuk mereka yang gemar menunggang dalam jarak jauh. Dikuasakan oleh enjin berkembar selari 649cc, ia menawarkan keseimbangan kuasa dan ketangkasan yang sempurna. Model terkini ini memperkenalkan peningkatan berikut:
– Cermin Depan Boleh Laras: Penunggang boleh melaraskan ketinggian cermin depan dengan mudah untuk
meminimumkan rintangan angin dan mengoptimumkan aerodinamik, serta meningkatkan keselesaan jarak jauh.
– Sistem Gantungan: Model Versys 650 baharu menampilkan sistem gantungan yang dinaik taraf, memberikan
kestabilan yang lebih baik dan perjalanan yang lebih lancar dalam pelabagai jenis bentuk muka bumi dan jalanraya.
– Gaya Dipertingkat: Dengan reka bentuk serba baharu dan lampu LED, Versys 650 menampilkan penampilan yang lebih moden dan agresif, menarik perhatian di dalam dan luar jalan.
Didatangkan dalam dua warna pilihan; Metallic Spark Black dan Candy Limegreen/Metallic Flat Spark Black. Masing-masing dengan harga jualan yang disyorkan RM38,400.00 dan RM39,100.00.

“Seperti yang dijanjikan, MODENAS akan terus membawa ke pasaran motosikal Kawasaki yang terkini. Kami komited dalam menyediakan motosikal yang akan menaikkan semangat dalam prestasi tunggangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengenalan model Z650, Ninja 650, dan Versys 650 versi 2023 ini mencerminkan dedikasi kami untuk memperkenalkan teknologi termaju, berprestasi dan berkualiti yang unggul kepada pasaran Malaysia.” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Model Z650, Ninja 650, dan Versys 650 2023 ini sedia untuk pembelian di pengedar sah KAWASAKI di seluruh Malaysia mulai akhir bulan Julai. Rangkaian pengedar KAWASAKI yang luas memastikan penunggang dapat mengalami keseronokan dan menerima perkhidmatan yang luar biasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model 2023 dan mengetahui berita terkini, layari laman web rasmi MODENAS atau KAWASAKI Malaysia di https://modenas.my/v2/ , http://www.kawasaki.com.my/ atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

Previous Post

Satu Lagi Promosi Untuk Himpunan TXR150 Vol3

Next Post

Minat Bermula Di TikTok, Kini Motor Dijaga Elok!

Next Post

Minat Bermula Di TikTok, Kini Motor Dijaga Elok!

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved