Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Minat Bermula Di TikTok, Kini Motor Dijaga Elok!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-10
in BULETIN, UTAMA
0

Setiap peminat dunia permotoran dua roda ada cerita di sebalik deruman enjin dan jeritan ekzos yang menghiasi jalan raya. Bagaimana semuanya bermula dan apa yang mendorong minat itu diteruskan sehingga ke satu tahap yang lebih serius. Tentu seronok dapat mengetahui kisah ini apatah lagi apabila ia datang dari peminat dunia permotoran dua roda dalam kalangan orang-orang biasa dan bukannya dari personaliti, selebriti mahupun pempengaruh (influencer).

Salah seorang peminat yang sudi meluangkan masa berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang melibatkan diri dalam dunia permotoran dua roda, Muhammad Shah Rizan atau Ejan tampil ceria dan tidak lekang dengan senyuman di bibir sepanjang perbualan. Baru berusia 21 tahun, pemuda yang bermastautin di Petaling Jaya ini asalnya dari negeri di bawah bayu, Sabah. Kini bertugas di Shah Alam, Ejan setia bersama motor kesayangannya. Yamaha 135 LC, si jantung hati!

Sudah bermain motor sekitar 3 tahun, minatnya bermula sejak menonton ‘content’ Tiktok berkaitan dengan motor khususnya dari Apex Sayur dan Haqiem Stopa. Malah, tidak melampau untuk dikatakan yang Ejan mengidolakan kedua-dua pempengaruh yang lahir dari platform Tik Tok itu kerana berjaya menyuburkan minatnya dan secara tidak langsung mengetahui perkembangan atau ‘trend’ terkini dunia permotoran.

Bercerita tentang motor kesayangan miliknya, Ejan mulakan dengan bahagian enjin iaitu block, head, karburetor, CDI tapi semua dibuat secara sikit-sikit. Kemudian, Ejan lebih banyak melakukan modifikasi terhadap aksesori seperti swing arm, ekzos, sport rim dan macam-macam lagi. Setakat hari ini, kos perbelanjaan penjagaan dan modifikasi Yamaha 135LC ini menelan belanja sekitar RM4000 lebih.

Bila motor sudah cantik, prestasi pun dalam keadaan baik, pastinya ada pengalaman manis dan pahit sepanjang Ejan bergiat aktif dalam dunia permotoran dua roda ini. Menurut Ejan, pengalaman manis baginya apabila dapat melakukan aktiviti bersama rakan-rakan yang berkongsi minat sama seperti berkonvoi ke destinasi menarik. Pengalaman pahit yang tidak boleh dilupakan pula, kejadian di mana motor kesayangannya disita kerana ditahan ketika sekatan jalan (roadblock).

“Tak sempat (u-turn), dia dah tarik kunci,” ujar Ejan sambil ketawa mengimbas detik-detik cemas motornya disita.

Selain itu, Ejan juga pernah terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan yang mengakibatkan tangannya patah. Motor kesayangannya juga turut ‘tercedera’ dan kesannya dapat dilihat. Namun begitu, peristiwa itu tidak sedikit pun membuatkan beliau serik mahupun berhenti meminati dunia permotoran dua roda tetapi pastinya Ejan lebih berhati-hati setiap kali menunggang motosikal.

Sayangnya beliau terhadap motor Yamaha 135LC ini tidak boleh digambarkan dalam kata-kata dan tiada ukuran skala yang boleh menzahirkannya. Apatah lagi, motor ini menjadi peneman setia Ejan untuk memudahkan beliau bergerak ke mana-mana terutama sekali mencari rezeki dan berjumpa rakan-rakan motor yang lain. Tidak hairanlah motosikal ini dijaga rapi dan tampil elok. Sejuk mata memandang.

“Memang sayanglah motor ni,” kata Ejan, ringkas.

Kalau sudah namanya sayang, tentu beliau sangat menitikberatkan soal penjagaan motornya. Bagi memastikan motor ini sentiasa dalam keadaan yang baik, Ejan sering memantau dan cuba menghantar untuk diservis tepat pada waktunya. Namun begitu, beliau terpaksa akur dengan kekangan ekonomi. Tidak terlepas dari masalah lazim yang dihadapi rakyat marhaen lain, Ejan juga ada masanya ‘terlajak’ menghantar motor kesayangannya untuk diservis kerana gaji lewat.

“Kadang terlajak sikit, kadang awal sikit. Kalau tengok keadaan tayar dah botak. Kena tukarlah,” jelas Ejan lagi.

Walaupun begitu, beliau memastikan motornya tetap diservis dengan menggunakan produk terbaik dari jenama yang diyakininya iaitu Evolube. Sebagai seorang penunggang motosikal atau rider yang baik, Ejan sentiasa memantau keadaan minyak enjin atau minyak hitam. Seterusnya, spark plug, coolant (penyejuk enjin) dan rantai. Kesemua ini Ejan dapatkan dari jenama Evolube.

Jika bercadang untuk menukar minyak hitam pada masa akan datang, anda boleh cuba minyak enjin Evolube. Dibangunkan menggunakan Formula Ester, minyak enjin Evolube membantu enjin motosikal menyerlahkan potensi kuasa sebenar dalam suhu optimum seperti motosikal kesayangan Ejan ini. Berulang alik dari Petaling Jaya ke Shah Alam setiap hari tetapi prestasi enjin kekal dalam keadaan baik meskipun memakan masa yang lama dan perjalanan yang jauh.

Previous Post

Mentakrif Semula Prestasi & Pengembaraan Dalam Pasaran Malaysia

Next Post

Sertai Mega Gathering, Berlangsung Di MAEPS!

Next Post

Sertai Mega Gathering, Berlangsung Di MAEPS!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved