Sesi pemanas jentera, itu yang boleh digambarkan untuk program yang diadakan pada 16 Julai lalu sebelum ketibaan Hari Raya TXR150. Program yang diadakan secara santai ini merupakan satu lagi promosi Himpunan TXR150 Vol3 yang bakal berlangsung pada 30 Julai di RTC Gopeng, Perak.
Walaupun diadakan secara santai, program promosi dan juga sesi bergambar ini mendapat sambutan yang amat memberangsakan. Bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh, Perak, program ini disertai sebanyak 40 buah motosikal TXR150 Team Panther Perak yang datang dari pelbagai daerah sekitar negeri Perak.
Bermula dari pukul 5.00 petang dan berakhir sekitar pukul 7.00 malam, program ini sangat sesuai sebagai aktiviti hujung minggu sambil beramah mesra bersama rakan-rakan yang berkongsi minat. Masing-masing teruja dan tidak sabar menunggu kedatangan 30 Julai untuk meraikan Hari Raya TXR150 Vol3.