Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Menjelajah Dan Mempromosi Destinasi-destinasi Menarik Di Sabah

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-08-08
in BULETIN, UTAMA
0

Selama 12 hari dan 11 malam, masa yang didedikasikan oleh D’ Lancong Fleet (#dlancongfleet) untuk mempromosikan pelancongan dua roda termasuk destinasi-destinasi menarik di negeri Sabah. D’Lancong Fleet merupakan sebuah kumpulan atau pasukan yang dianggotai pempengaruh dunia permotoran dua roda di media sosial yang tidak perlu diperkenalkan dalam kalangan para peminat dunia motor.

Program Kunjungan Tular 2 Roda ke Destinasi Pelancongan Berpotensi Negeri Sabah dengan kerjasama Sabah Tourism Board ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak. Antaranya seperti Givi Asia, Mizu Oil, Foxdry, Afrina Batrisyia Travel & Tours, MJ Car Rental & (Motor), Everxon Terra dan Laksana Sutera Travel.

Bagi makluman, D’ Lancong Fleet merupakan pasukan yang menggabungkan kumpulan media permotoran yang terdiri daripada presiden atau pentadbir kelab permotoran termasuk penunggang solo dari wilayah utara semenanjung Malaysia yang memegang akaun Instagram, Facebook, Tik Tok, Youtube, majalah Online serta Blog.

Antara ahli–ahli D’ Lancong Fleet yang turut menyertai dan berjaya menghabiskan tunggangan motosikal 360 darjah di Negeri Sabah terdiri daripada Bros Moto Crew (#dlancongfleet), Aku dan Rodaku, Kelab Antique Motor Kulim, majalah Kapcai Malaysia, Yamaha Sport Northern Community dan Kami Mengembara. Pasukan ini boleh dikenali menerusi laman media sosial masing–masing di atas talian atau taip #dlancongfleet di Facebook, Instagram, Tik Tok untuk cerita di Sabah.

Objektif utama penjelajahan ini adalah untuk mempromosikan negeri Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan motosikal atau permotoran. Selain itu, menyumbang kepada peningkatan kemasukan pelancong domestik dan luar negara terutamanya kepada media luar termasuk pelancong minat istimewa ‘niche’ melalui perkongsian maklumat atau pengahasilan pakej pelancongan khusus selepas kunjungan tular ini selesai.

Sebanyak 23 destinasi menarik telah diulas lengkap melalui penceritaan, rakaman video dan penulisan di laman media sosial Facebook, Tik Tok dan Instagram serta majalah atas talian. Antara destinasi-destinasi dan penginapan yang boleh memberikan memori kepada para penunggang jika berkunjung ke Sabah yang telah dilawati oleh Pasukan D’ Lancong Fleet adalah:

Kota Kinabalu
Zero KM, Bangunan Sabah Tourism Board (104 Tahun), Asiana Hotel Jesselton Ferry Point, Balai Seni Lukis Sabah, Unikarya Lodge dan Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (Pasar Filipina)

Kudat
Tip of Borneo

Kota Belud
Tunga Unga Ecotourism dan Homestay MOTAC Taun Gusi

Kundasang
Kota Kinabalu Park, Ceasar Place dan Desa Dairy Farm

Sandakan
Capital O Hotel Meliden dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan

Semporna
BoxInn The Kontena Home, Mydin Lodge (Semporna) dan Sipadan Seahorse Scuba Sdn Bhd

Tawau
Tawau Hills Park – Table Waterfall dan Foresight Hostel Tawau

Keningau – Tenom
Tenom Railway Station (Menaiki Keretapi Hutan) dan OYO Regent Hotel, Tenom Information & Coffee Valley, Jalan Paling Lurus Malaysia (19KM) – Keningau Banjaran Crocker – Kimanis

Manakala jumlah jarak kilometer yang telah ditempuhi D’ Lancong Fleet sepanjang penjelajahan ini adalah 1,800km dengan jalan yang paling mencabar tetapi unik adalah dari Telupid ke Sandakan dan dari Tawau ke Keningau. Kedua – dua jalan ini memerlukan fokus yang tinggi dan perancangan perjalanan dengan baik.

Selaras dengan kempen mempromosikan Negeri Sabah oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, D’ Lancong Fleet amat menyambut baik usaha ini dan ingin menghulurkan bantuan bagi menjayakan kempen tersebut. D’ Lancong Fleet amat memahami kepentingan bagi meningkatkan capaian ekonomi bagi golongan yang dianggap penting dalam sektor pelancongan negeri Sabah. Usaha Pasukan ini adalah merupakan Corporate Social Responsibility bagi membantu menaikkan semula aktiviti pelancongan dan aktiviti permotoran dalam negara dalam Fasa Endemik.

Terdahulu, ahli-ahli D’ Lancong Fleet telah terlibat dalam program Kunjungan Tular 2 Roda pada bulan Julai dan Oktober tahun 2022 ke destiasi pelancongan di negeri Perlis serta Kedah. Program ini mendapat sokongan serta tajaan dari pejabat kerajaan negeri. Pulangan pelaburan atau Return Of Investment untuk program ini telah menghasilkan gabungan nilai capaian media yang berjumlah RM100,000 dengan 300,000 ribu lebih tontonan.

Selain itu, program Kunjungan Tular 2 Roda ini juga telah diterbitkan dalam Roadstar Magazine bagi edisi 108 Februari 2023 dengan tambahan capaian media berjumlah RM150,000 dengan 200,000 ribu lebih tontonan di media elektronik serta capaian melalui bahan bacaan.

Elemen pelancongan dan konvoi permotoran adalah amat sinonim. Kini, ianya mendapat perhatian dari segenap lapisan umur masyarakat di Malaysia. Statistik pula menunjukkan suku daripada 27.3 juta (83% selebihnya) pengguna motosikal di Malaysia mempunyai hobi permotoran berkonvoi secara aktif samada melalui persatuan, pertubuhan atau menunggang secara solo.

Keberhasilan kunjungan ini adalah daripada kerjasama strategik D’ Lancong Fleet dengan Sabah Tourism Board selain para penaja seperti Givi Asia (Malaysia), Mizu Oil, FoxDry, Afrina Batrisyia Travel & Tour, Everxon Terra, MJ Car Rental & (Motor) & Laksana Sutera Travel & Tours yang menginginkan peningkatan ekonomi dalam aspek pelancongan tempatan termasuk dunia permotoran di Malaysia.

Terima kasih Firefly kerana menawarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu. Ride Sabah Memang Best!

Previous Post

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga Dan Pencinta Motosikal!

Next Post

Gabungkan Motor Kawasaki, Aprilia Dan Kereta Ferrari, Porsche

Next Post

Gabungkan Motor Kawasaki, Aprilia Dan Kereta Ferrari, Porsche

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved