Tanjung Harapan Port Klang menjadi tumpuan lebih ribuan pengunjung pada 6 Ogos lalu sempena program Himpunan Pejuang Rider Malaysia. Program yang diadakan dengan kerjasama FKR ini mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari para penduduk sekitar, malah turut dikunjungi para peminat dunia permotoran dua roda dari Perak, Johor, Kedah, Sabah dan negeri-negeri lain.
Pelbagai aktiviti turut disediakan untuk para pengunjung yang sudi meluangkan hujung minggu bersama keluarga. Antara yang mencuri perhatian adalah kategori Best Motor Pintar yang mengetengahkan jentera lama atau antik sejak tahun 1940-an. Para pengunjung berpeluang melihat motor-motor antik yang diubahsuai cukup unik.
Kategori ini telah dimenangi oleh saudara Muhammad Firdaus yang juga dikenali dengan nama samarannya May_On dan juga saudara Tony A/L Simeon, masing-masing dari Sementa dan juga Sungai Kapar Indah. Tahniah diucapkan kerana berjaya ditabalkan sebagai juara kategori Best Motor Pintar.
Kehadiran kelab-kelab permotoran dua roda menghangatkan lagi hujung minggu di Tanjung Harapan Port Klang ini seperti Hot Machine Crew, RMBC, Center Of Perak Official RS/X, Y16 Selangor, Sinora dan Ride Anak Pantai Timur. Tidak ketinggalan, kelab seperti Y16KL Squad, Y16 Klang SQ, Y16 Kajang Crew, Puchong Squad, LKY United dan SBF Motor.