Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Menjelajah Aceh Barat 2.0 27 Julai – 31 Julai 2019

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-09-18
in BULETIN, UTAMA
0

Konvoi Aceh 2.0 Kuul Rider iaitu satu kumpulan motor berkuasa tinggi telah bermula buat kali kedua pada 27 Julai lalu. Kali ini, kami menjelajah ke arah barat Aceh. Seramai 9 penunggang yang terdiri daripada Amir Hamzah Marzuki, Jamaludin Rejali, Mohamad Rejab Abdul Malek, Nor Izwan Ahmad, Abdul Majid Othman, Md Azmi Mohd Hashim, Nazry Abdul Rahman dan juga Jasriri Johari. Kami dibantu Marshall dari Medan, saudara Joe iaitu Presiden Yamaha Medan. Sebelum pengembaraan bermula, seperti kebiasaannya kami terlebih dahulu mendapat surat kebenaran dan sokongan dari Konsulat Malaysia di Medan iaitu Tuan Aminuddin Othman. Setibanya di Medan, jentera skuter NMax150 telah siap menanti. Kami turut mengibarkan bendera Malaysia Jalur Gemilang yang dipasangkan pada jentera masing-masing. Perjalanan ke Langsa Aceh melalui kota Medan merupakan satu cabaran minda dan fokus setiap penunggang. Setelah mengharung 5 jam perjalanan, kami tiba di kota Langsa Aceh untuk bermalam.

Pada keesokan harinya, destinasi berikutnya adalah Takengon di mana perjalanan dipenuhi dengan pendakian dan selekoh. Sebelum itu, pihak konvoi tiba di Lhosukon dan disambut oleh pihak permotoran dari Kota Lhosukon iaitu saudara Ryan Richard, Irfan dan juga Helmy. Sambutan dan kemesraan pihak motor Lhosukon amat baik. Terima kasih diucapkan. Setibanya di Takengon, kami berkesempatan melawat tempat-tempat yang menarik seperti Pantan Terong dan juga makan di tepi tasik pada ketinggian 1200meter dari paras laut dan suhu di bawah 11 darjah celcius. Pemilik hotel Penginapan Al Fatih, Encik Ali Akhbar telah menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra. Terima kasih diucapkan. Sekiranya ke Takengon, saya mencadangkan hotel ini sebagai hotel penginapan anda.

Setelah bermalam di Takengon, perjalanan diteruskan ke Meulaboh iaitu sebuah kota yang pernah dilanda tsunami pada tahun 2004. Sebelum tiba di Meulaboh, kami melalui gunung yang tinggi dan curam di mana brek skuter hampir-hampir tidak mencengkam. Kami juga sempat bergambar di puncak gunung bersama-sama rider Aceh iaitu saudara Yogy, Franky dan Ismail. Setibanya di Meulaboh, kami disambut Pak Poji iaitu Penasihat Nmax Skuter di kota Meulaboh bersama kawan-kawannya iaitu Adi Putra, Rahmad J dan juga saudara Mul (pemilik kedai kopi terbalik). Kami berehat sebentar sambil minum kopi terbalik sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Jika anda ke Meulaboh, kedai kopi terbalik ini merupakan tempat yang mesti dikunjungi.

Perjalanan diteruskan lagi dan setelah kira-kira 7-8 jam perjalanan, kami tiba di destinasi seterusnya iaitu Tapak Tuan. Pada keesokkan harinya, kami berpeluang melawat tempat pelancongan iaitu bekas tapak kaki yang berukuran 6×2, 5 meter yang penuh misteri. Setelah mengelilingi kota Tapak Tuan, kami bertolak ke Berastagi untuk malam seterusnya. Perjalanan ke Berastagi merupakan perjalanan yang cukup mempesonakan kerana bergunung-ganang dan bukit-bukau yang cantik. Kami juga berkesempatan makan buah durian semasa perjalanan ke Berastagi di Subulussalam. Layanan dari Pak Dahlan iaitu tuan punya buah durian, membuat kami berasa senang. Perjalanan diteruskan ke Silalahi iaitu persisiran Danau Toba dan menuju ke Sipiso Piso. Keindahan alam di persisiran Danau Toba sukar digambarkan. Tempat ini dicadangkan kepada rider- rider yang mahukan cabaran.

Setelah 8 jam perjalanan, kami tiba di hotel 3 Berastagi untuk bermalam. Kedudukan hotel yang berada kira-kira pada ketinggian 1300 meter dari paras laut, membuat kami merasa kesejukan. Pada keesokkan paginya, pemilik hotel iaitu bapak John telah membawa kami bersiar-siar di kota Berastagi sebelum bertolak balik ke Medan. Disini, saya mencadangkan kiranya anda ke Berastagi pilihan penginapan yang tepat adalah di Hotel 3 Berastagi.

Destinasi terakhir adalah kota Medan dan kami menuju ke Konsulat Malaysia di Medan untuk bertemu dengan Tuan Aminuddin Othman dan menyampaikan plak dari kumpulan konvoi. Wajah keletihan jelas terlihat pada wajah-wajah ahli konvoi yang lain dengan penjelajahan Aceh barat selama 5 hari. Namun, disebalik keletihan itu jelas kepuasan pada reaksi wajah kumpulan konvoi mendaki jalan yang bergunung-ganang dan melalui lebih seribu selekoh.

Horasss…

Perkongsian : Jamaludin Rejali

Previous Post

BMW S1000XR, Merah Membara

Next Post

Kawasaki Ninja ZX-6R

Next Post

Kawasaki Ninja ZX-6R

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved