Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

BMW S1000XR, Merah Membara

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-09-13
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dikenali sebagai Bro G-Mie, Azimi Bin Mohd Fauzi anak kelahiran Kelantan Darul Naim yang sudah pun berumur 45 tahun ini merupakan seorang usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya sejak berumur 15 tahun lagi. Pernah membuka kedai tekstil sekitar tahun 1994, sehingga kini beliau bergiat aktif dalam bidang tekstil dan perhotelan.

Mula bermain motosikal pada usianya 15 tahun, beliau telah menyertai kelab motosikal pertama di Kelantan iaitu Superbike Kelantan dan kelab kedua KBC pada tahun 1993 di usianya 20 tahun. Beliau memegang jawatan sebagai bendahari dan peserta termuda dalam kelab tersebut.

Pada tahun yang sama sehingga tahun 1997, beliau pernah memiliki motosikal Kawasaki ZZR1100 dan Honda Shadow 1100cc. Pada tahun 1997, Honda CBR 900 jadi pilihannya. Manakala pada tahun 2004, beliau bertukar pula kepada Honda CBR916.

Minatnya mula berubah sekitar tahun 2010 dan beralih kepada motosikal Adventure dengan memiliki BMW GS1200. Diikuti pula dengan motosikal BMW S1000XR pada tahun 2015 sehingga kini. Dengar cerita, untuk tahun 2019 ini, Bro G-Mie telah menempah sebuah motosikal Adventure model terbaru dan dikatakan ia motosikal edisi terhad!

Beliau cukup dikenali di kalangan rakan-rakan otai superbike bukan sahaja di Kelantan, malah dalam Malaysia sehingga sekarang. Golongan remaja yang baru bergiat dalam permotoran superbike juga mengenalinya. Setelah berehat sebentar dan tidak aktif menceburi kelab motosikal, beliau bercadang menganjurkan International Bike Week 2017 dan telah diadakan dengan jayanya. Beliau dan rakan-rakan sekali lagi berjaya menganjurkan Kelantan International Bike Week 2019.

Di Kelantan International Bike Week 2019 (KIBW2019 Volume 8), beliau bertindak sebagai penaung merangkap pengerusi Majlis KIBW2019 selama 2 kali berturut-turut. Beliau turut menderma dan menyumbangkan beberapa barangan keperluan kepada anak-anak yatim di sana ketika berlangsungnya KIBW 2019. Kemurnian hati seorang biker, semoga Allah swt membalas hati mulia beliau. Insya-Allah.

Selain itu, Bro G-mie juga pernah ride solo pusing Malaysia dalam masa 24 jam pada tahun 2015 dengan menunggang BMW GS 1200 (catatan masa peribadi beliau adalah selama 23jam 23minit). Beliau hanya berhenti untuk mengisi minyak dan solat sahaja. Ada rakan biker yang turut mengiringi sebagai pemerhati sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Bukan itu sahaja, banyak lagi pengalaman beliau ride sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Kini, motosikal dimilikinya adalah BMW S1000-XR berwarna merah sebagai motosikal pengembaraannya. Bagi makluman, BMW S1000 XR ini menggabungkan aspek terbaik di dunia untuk mencipta sebuah motosikal pengembaraan. Sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan prestasi dan keselesaan dalam satu motosikal. Motosikal siri empat silinder yang berkuasa dengan kombinasi casis tangkas dan penggantungan ini, menyediakan prestasi hebat dan tindak balas dinamik.

Kedudukan tempat duduk santai dan ergonomik GS yang biasa menjamin keselesaan dan keseronokan menunggang agar rider tidak bosan. Enjin dalam talian empat silinder yang kuat menghasilkan 121 kW (165 HP) yang mengagumkan pada 11,000 rpm dan menghasilkan tork maksimum 114 Nm pada 9,250 rpm. Enjin dalam talian empat-silinder yang disejukkan cecair ini menyediakan tork yang banyak, terutamanya untuk pecutan yang dikehendaki pada kelajuan enjin rendah dan sederhana. Bersama-sama dengan pembantu peralihan Pro pilihan, pelayaran santai sama seperti yang dicapai apabila yakin menuju ke perjalanan memulakan pengembaraan dengan seorang penumpang.

Bagi pihak RoadStar Magazine, diucapkan selamat maju jaya kepada Bro G-mie. Walaupun nampak pemalu tapi keprihatinan beliau yang berhati mulia amat dikagumi dan juga dihormati.
– Paksu Shidee

Previous Post

All Riders Gathering Road Tour

Next Post

Menjelajah Aceh Barat 2.0 27 Julai - 31 Julai 2019

Next Post

Menjelajah Aceh Barat 2.0 27 Julai - 31 Julai 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved