Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Kawasaki Ninja ZX-6R

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-05-13
in UTAMA
0

Kawasaki melancarkan Ninja ZX-6R, sebuah pakej supersport menakjubkan untuk tahun 2019 yang mengekalkan empat silinder sebaris 636 cc ikonik siri Ninja. Kelebihan enjin ini adalah untuk memberikan keseronokan menunggang motor. Tork rendah dan pertengahan Ninja ZX-6R ini menawarkan kegunaan yang dipertingkatkan khususnya untuk tunggangan harian yang lebih mudah. Bahagian casisnya pula dilaras dengan menumpukan lebih perhatian kepada tunggangan di jalan-jalan berselekoh, dari litar sehingga jalan-jalan bandar. Ninja ZX-6R ini juga mematuhi standard emisi Euro 4 yang mana keputusannya disokong oleh Kawasaki.

Ninja® ZX™-6R ABS KRT

Ninja ZX-6R menampilkan ciri-ciri baru dan terbaik. Dipadankan dengan transmisi cassette yang memudahkan penukaran gear lebih pantas. Nisbah akhir gear 1 pendek (43/16 >> 43/15), memberikan kuasa low end yang kuat kepada enjin. Kawalan traksi, pengendalian brek gred supersport, mod kuasa pilihan dilengkapi quick shifter dan instrumen pelbagai fungsi yang baru. Kini, Kawasaki Quick Shifter (KQS) juga sudah menjadi ciri standard, membolehkan anjakan atas tanpa klac, menambahkan lagi keseronokan menunggang. Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC) dalam 3 mod ini meliputi penunggangan dengan pelbagai keadaan, memberikan prestasi terbaik serta tenang sepanjang penunggangan dan meredah permukaan licin tanpa ragu-ragu.

Ninja® ZX™-6R ABS KRT

Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System (KIBS) adalah sistem pengurusan brek yang direka untuk mengendalikan ciri-ciri tertentu motosikal supersport bagi memastikan brek bertindak cekap dengan gangguan paling minima ketika menunggang. Ninja ZX-6R ini dilengkapi angkup monoblock radial-mount, sangat teguh, menawarkan kawalan yang hebat serta tuil yang kukuh. Lebar diameter semi-floating ø310 mm brek cakera kelopak depan untuk brek yang kuat. Silinder pam-jejarian memastikan sentuhan yang cemerlang serta menawarkan kawalan terbaik. Cakera kelopak ø220 mm memperlahankan bahagian belakang. Angkup brek belakang yang ringan dari Ninja ZX-6R menawarkan kawalan dan tahan haus.

Dari segi gaya pula, rekaan instrumen Ninja ZX-6R memaparkan takometer analog yang besar berserta lampu amaran, indikator posisi gear dan skrin LCD pelbagai fungsi. Penambahan ciri-ciri baru termasuk tolok bahan api serta fungsi menunjukkan baki bahan api yang masih tertinggal. Lampu berkembar LED menampilkan suluhan cahaya rendah dan tinggi serta lampu posisi. Lampu LED belakang diilhamkan oleh Ninja ZX-10R, tampil canggih serta sentuhan cemerlang untuk bahagian belakang motor ini.

Ninja® ZX™-6R ABS KRT

Dimensi ergonomik antara tempat duduk (pelana), peg kaki dan hendal clip on memberikan posisi tunggangan intuitif semula jadi. Tangki bahan api memudahkan penunggang merehatkan tangan di atasnya terutama sekali ketika membelok serta tapak sentuhan tayar yang lebar. Selain itu, motor ini dilengkapi kowl hadapan dan visor pengadang angin untuk perlindungan maksimum. Ninja ZX-6R turut dilengkapi dengan tuil klac boleh-laras baru (dengan klac 5 tetapan) yang membolehkan penunggang menyesuaikan tuil mengikut keselesaan dan capaian jari masing-masing.

Lebih istimewa lagi, Ninja ZX-6R ini menggunakan tayar Bridgestrone terbaru, Battlax Hypersport 22 yang memberikan pengendalian lebih ringan dan dalam masa yang sama, mempunyai cengkaman cemerlang untuk dua-dua keadaan kering dan basah.

Ninja® ZX™-6R ABS KRT

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd
No.12, Jalan Jurunilai U1/20,
Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
No Tel : 03 – 5566 5688
Facebook : https://www.facebook.com/kawasakimotorsmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/kawasakimsia/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCdtfsBfF6YeuHnZB_BLKndw
Web : https://www.kawasaki.com.my/home/

Previous Post

Menjelajah Aceh Barat 2.0 27 Julai - 31 Julai 2019

Next Post

Seminar Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Negeri Kedah

Next Post

Seminar Keselamatan Jalan Raya Kadet JPJ Negeri Kedah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved