Rasanya tidak lengkap sekiranya kemeriahan dan kerancakan saingan MotoGP di Litar Sepang tanpa konvoi motosikal ke destinasi itu. Itulah yang dirasai oleh peminat motosikal tanahair dengan aktiviti berkonvoi bagaikan acara tetap setiap kali temasya MotoGP berlangsung saban tahun.
GIVI pengeluar kotak simpan paling popular di tanahair turut tidak melepaskan peluang menganjurkan aktiviti berkonvoi ke MotoGP Sepang bersama puluhan jentera pelbagai kuasa dan jenama. Seramai 80 peserta dari pelbagai jenis motosikal menyertai konvoi yang diberi nama M35.0 Scudo MotoGP Convoy 2022.
Bermula di lokasi Litar GoKart Elite seawal jam 7.30 pagi, peminat aksesori GIVI turut menikmati pelbagai barangan GIVI termasuk tiket grand stand dengan bayaran sebanyak RM200 sahaja. Memeriahkan konvoi itu adalah bekas pelumba Grand Prix dari tahun 1993 hingga 2003, Lucio Cecchinello dan Joseph Perucca, Pengarah Operasi Luar Negara GIVI dan delegasi GIVI dari negara Vietnam.