Seramai 50 orang pemilik motosikal Vespa pelbagai model diraikan oleh Vespa Club Malaysia (VCM) pada satu Majlis Berbuka Puasa dan Silatulrahim yang diadakan di Lembah Klang baru-baru ini. Dianjurkan oleh Pusat Servis Motoplex yang beroperasi di Petaling Jaya, Majlis Iftar dan Silatulrahim VCM turut dihadiri Ketua Jenama Piaggio, Tan Soon Wei bersama Presiden Kelab VCM, Danny Saadin.
Majlis ini turut dihadiri kakitangan Didi Motorcycle dan Motoplex dan juga ahli keluarga VCM sendiri. Vespa Club Malaysia atau dikenali VCM merupakan satu-satunya kelab Vespa di tanah air yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di Malaysia dan bergabung secara eksklusif dengan Vespa World Club.
Sementara, Motoplex Petaling Jaya ialah rumah bagi jenama kenderaan dua roda bagi keluarga Piaggio seperti Piaggio, Vespa, Moto Guzzi dan Aprilia.