Setelah kejayaan penganjuran kali pertama yang diadakan di Melaka, Mega Gathering BMW S1000RR HP4 kini kembali memeriahkan dunia permotoran. Diadakan pada 14 September lalu, lokasi pilihan untuk penganjuran kali kedua Mega Gathering BMW S1000RR HP4 atau BMWS1KMALAYSIA ini berlangsung di Rainbow Paradise Beach Resort yang terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Seramai lebih kurang 200 orang peserta yang terdiri dari para pemilik BMW S1000RR HP4 telah menghadiri penganjuran Mega Gathering ini. Dirasmikan oleh wakil Admin En. Ahmad Rodzi B.Mohamed dengan penyerahan plak kepada wakil Utara En Fazurie, acara ini bertambah istimewa dengan kehadiran jemputan khas, En. Owen Riley, ketua BMW Motorrad Malaysia.
Para peserta yang meluangkan masa dengan menghadiri acara ini bukan sahaja datang dari Malaysia, malah ada yang datang dari Brunei dan Singapura. Acara yang dimulakan dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk majlis makan malam yang diserikan persembahan pentas. Sebelum menutup tirai, acara diakhiri dengan segmen cabutan bertuah.