Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

1st Desaru International Bike Week 2019

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-10-01
in BULETIN, UTAMA
0

Berlangsung di sepanjang Pantai Desaru, 1st Desaru International Bike Week 2019 diadakan di 3 kawasan aktiviti iaitu di Desaru Coast, Public Beach dan Tiara Beach. Pelbagai aktiviti, pameran dan gerai jualan disediakan sepanjang 4 hari acara berlangsung bermula dari 13 September hingga 16 September. Antaranya seperti pameran koleksi persendirian kereta dan motosikal Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, diikuti acara pantai dan laut, sukan rakyat, pertunjukan aksi lagak ngeri dari Malaysia dan Indonesia, drag race di pantai dan lain-lain lagi.

Perjalanan sehala pergi balik krew RoadStar dengan menaiki motosikal dari Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan ke Pantai Desaru Johor Darul Takzim sejauh 900km mengambil masa selama 7 jam. Pelbagai pengalaman dan keindahan dinikmati sepanjang perjalanan, membuatkan perasaan teruja untuk mengikuti acara gilang gemilang yang pertama kali diadakan di Pantai Desaru ini.

Namun begitu, krew RoadStar turut berasa simpati kerana menerima berita sedih. Ada beberapa bikers mengalami kemalangan semasa menuju ke Desaru yang melibatkan kematian dan kecerderaan. Pihak Roadstar mendoakan semoga rohnya aman sejahtera di sana, Al-Fatihah.

Ramai bikers dari luar negara hadir ke DIBW2019 ini termasuk dari Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Brunei dan banyak lagi. Tidak ketinggalan, bikers Malaysia yang bersusah payah ke sana dengan pelbagai rintangan dan dugaan dilalui mereka. Ada yang sempat datang dan balik pada hari yang sama disebabkan tempat penghinapan waktu itu telah penuh.

Semasa di sana paling mencuri perhatian adalah di Public Beach yang menyediakan pelbagai gerai jualan cenderamata, makanan ini diikuti dengan pertandingan motor custom dan lain-lain lagi. Kegembiraan dan keseronokan para pengunjung serta peserta dapat dapat dilihat apabila rakan biker yang lama dan yang baru mengambil peluang ini bersua kenal di acara DIBW2019 ini. Semoga pihak Desaru International Bike Week 2019 dapat membaiki kekurangan yang ada dan tingkatkan usaha untuk maju jaya di penganjuran akan datang.

Disediakan oleh : Paksu Shidee

Previous Post

Konvoi Yamaha Y15ZR Central Crew ke ARRC 2019

Next Post

Mega Gathering BMW S1000RR HP4 2019

Next Post

Mega Gathering BMW S1000RR HP4 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved