Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Malaysia Bekal Motosikal Elektrik Ke Indonesia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-04-16
in BULETIN, UTAMA
0

Pembuat kenderaan elektrik (EV) tempatan dengan kehadirannya di pasaran ASEAN, Tree Technologies Sdn Bhd (Treeletrik) menandatangani kerjasama untuk membekalkan 200,000 unit motosikal 100 peratus elektrik ke Indonesia melalui pengedarnya.

Treeletrik dalam satu kenyataan berkata, kerjasama tiga tahun dengan pengedarnya, iaitu PT Pasifik Sakti Enjiniring dan Nahdatul Ulama Board (PBNU) memperluaskan operasi serantau sebagai pemain utama dalam mempromosikan mobiliti elektrik, menyokong agenda peralihan tenaga ASEAN.

Ia berkata, perkongsian itu juga meletakkan Malaysia sebagai pengeluar EV utama dan pembekal serantau pertama untuk mengeksport unit di ASEAN, sejajar dengan lanskap tenaga yang terus berkembang di rantau ini.

“Matlamat utama rantau ini adalah untuk menurunkan tahap penggunaan tenaga di sektor pengangkutan darat menjelang tahun 2040 membuka jalan bagi pembuat EV seperti Treeletrik untuk terus membangun ekosistem EV yang progresif,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Treeletrik, Datuk Viswananthan Menon berkata, motosikal elektrik itu menawarkan penjimatan kos jangka panjang kepada pelanggan dan yang lebih penting menyumbang kepada kesan positif secara keseluruhan kepada alam sekitar.

Dengan kelajuan purata antara 65 hingg 90 kilometer sejam (km/j) , motosikal e-motor mempunyai keupayaan melakukan jarak perjalanan 85 hingga 120 km setiap hari dan kosnya adalah antara satu sen hingga dua sen untuk satu kilometer (berdasarkan kadar elektrik Tenaga Nasional RM0.571/Pengecasan KwH dengan tarif tertinggi).

Motosikal e-motor itu juga diperakui di Eropah dan Malaysia dengan ciri-ciri UNECE WP.29 menampilkan teknologi bateri lithium swap pantas Treeletrik.

Sebagai persediaan untuk memenuhi nilai kontraknya yang semakin meningkat, syarikat itu melabur dalam kemudahan pemasangan, pengeluaran, dan pemasaran yang akan dimulakan di Selangor dan seterusnya di sebuah kemudahan baharu di Gebeng, Pahang.

Ia juga merancang untuk membangunkan kilang pemasangan di Indonesia, sebuah usaha sama dengan Pasifik Sakti Enjiniring untuk memperkemaskan kecekapan rantai bekalan dan menambahbaik margin melalui pemasangan tempatan di pasaran dengan permintaan yang mencukupi.

Penggiat EV mula mengeksport kira-kira 50 unit motosikal elektrik ke Thailand dan Indonesia pada tahun 2020, dengan tambahan 15,000 unit akan dieksport tahun ini. Pasaran lain yang Treeletrik memberi tumpuan sebagai pelanggan berpotensi termasuk Filipina dan Kemboja.

Menon berkata, pesanan yang banyak diperoleh setakat ini dan perbincangan yang sedang berjalan dengan negara lain yang menyatakan minat terhadap rangkaian e-basikal Treeletrik akan menghasilkan pengembangan operasi syarikat yang ketara di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Sumber : Harian Metro

Previous Post

Satu Motor, Tiga Enjin?

Next Post

Pengembaraan Mewah Dengan MV Agusta Turismo Veloce

Next Post

Pengembaraan Mewah Dengan MV Agusta Turismo Veloce

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved