Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

LS2 Helmets Tawar Potongan Harga di MotoGP Sepang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-11-01
in BULETIN, UTAMA
0

LS2 Helmets merupakan rangkaian topi keledar dengan harga mampu milik ini juga mempunyai pelbagai warna untuk pilihan anda. Ia juga mempunyai reka bentuk pelbagai dan memiliki ciri-ciri topi keledar yang menepati spesifikasi seperti aliran pengudaraan dari depan hingga ke belakang. Diedarkan oleh YH Pro Motorworld Holdings Sdn Bhd, topi keledar LS2 mudah untuk dipakai serta ditanggalkan tanpa perlu mengambil masa yang lama. Bukan sahaja berbaloi dari segi harganya, malah jenama topi keledar LS2 mempunyai rangka badan yang padu dan tahan lasak.

Penting untuk anda ketahui ciri-ciri keselamatan ada pada setiap topi keledar yang disediakan buat penunggang motosikal. Pilihan topi keledar yang bijak juga haruslah kena dengan kegunaannya samada untuk perjalanan harian atau jarak jauh. Jika anda peminat sukan bermotor dan bercadang untuk menyaksikan Kejuaraan Motosikal Dunia di Litar Antarabangsa Sepang, apa kata anda berkunjung ke khemah LS2 Helmet yang akan bermula dari 1-3 November ini.

Sekiranya anda ingin mencari topi keledar berkualiti, LS2 menawarkan pelbagai pilihan menarik dan potongan harga yang istimewa bagi pengunjung MotoGP sepanjang tiga hari perlumbaan berlangsung. Untuk rekod, LS2 memiliki sijil pengiktirafan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM. Ia berbeza dengan jenama lain yang tidak mengikut peraturan asas yang telah ditetapkan semasa berada di jalan raya termasuklah tidak mengambil endah akan kegunaan helmet.

Tujuh model terbaharu dari LS2 akan diberi potongan harga istimewa bermula dari 5% hingga 10%. Sementara 8 model sedia ada dan tergolong antara model paling hangat ketika ini akan diberikan potongan harga dari 10% hingga 25% setiap satu. Sementara itu, berita baik untuk pengunjung ke MotoGP Sepang, anda juga boleh menukar ganti topi keledar lama anda kepada topi keledar LS2 baharu dengan diskaun sebanyak 25%-50% pada 8 model terpilih.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
YH Pro Motoworld Holdings S/B
No. 986 Jalan Rozhan,
Cherok Tokun Bawah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
No Tel : 04 – 551 2254
Facebook : LS2 Helmets Malaysia
Web : http://www.ls2helmets.com/

Previous Post

CYT Racing

Next Post

Sesi Beramah Mesra Bersama Pelumba MotoGP Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci di stesen Shell KLIA

Next Post

Sesi Beramah Mesra Bersama Pelumba MotoGP Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci di stesen Shell KLIA

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved