Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

CYT Racing

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-05-13
in BULETIN, UTAMA
0

Buatan Taiwan, Kualiti Perlumbaan

Kepakaran pembuat komponen motosikal kebiasaannya bergantung kepada hasil kaji selidik terutamanya bagi mereka yang terbabit dalam perlumbaan motosikal. Jenama CYT Racing sememang sudah tersohor dalam industri pembuatan komponen motosikal malah jenama CYT Racing juga merupakan antara penaja bagi beberapa pasukan di arena Kejuaraan Cub Prix Malaysia ketika ini.

CYT Ceramics Cylinder Blok Kit
Beberapa komponen motosikal atas nama CYT Racing seperti blok silinder atau perumah silinder (Ceramics Cylinder Block Kit), Kevlar Clutch Plate, Enjin Valve, Cam Shaft Spring Valve antara barangan CYT Racing yang kini menjadi kegilaan pengguna muda hari ini.

Diakui antara komponen dalaman motosikal pada tahap kualiti perlumbaan, CYT Ceramics Cylinder Blok Kit direka dengan ketahanan dan prestasi konsisten serta tahan lebih lama. Antara barangan sampingan dalam Ceramics Cylinder Block Kit dari jenama CYT turut tersedia dengan beberapa komponen berkaitan. Antaranya ialah blok silinder dan piston ring.

Bagaimanapun, hanya tiga model terpilih pada saiz yang ditetapkan seperti model Yamaha LC135 (57mm, 62mm, 63mm, 65mm dan 66mm) manakala bagi model Yamaha Y15ZR dan Honda RS150 hanya terdapat pada saiz 62mm sahaja.

Kevlar Clutch Plate CYT Racing
Clutch atau dalam bahasa Melayu, kopling merupakan kompenan yang digunakan untuk mengawal hantaran kuasa enjin kepada roda belakang. Kepentingan clutch pada motosikal ialah meningkatkan kelancaran enjin dan memutuskan kuasa enjin ketika penukaran transmisi berlaku.

Komponen Clutch terdiri dari plate geseran, plate besi, perumah dalam, perumah luar serta spring, penolak atau pencangkuk. Ia biasanya berada di dalam enjin sebelah kanan bagi motosikal keluaran Jepun seperti Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. CYT Racing menyediakan Kevlar Clutch Plate bagi model terpilih dari jenama motosikal Yamaha, Honda, Kawasaki dan Modenas. Model Kevlar Clutch Plate CYT Racing turut dibina untuk menahan suhu yang melampau.

Enjin Valve CYT Racing
CYT Racing turut memperkenalkan enjin valve khusus untuk penggunaan model Yamaha LC135. Paling menarik, bahan pembuatan enjin valve CYT Racing diimport sepenuhnya dari Jepun.

Bagi maklumat pengguna, enjin valve berfungsi memastikan ruang enjin dapat dibuka untuk membenarkan aliran masuk campuran bahan api dan udara manakala aliran keluar gas sisa pembakaran, serta ditutup kemas untuk memampatkan campuran dan menghasilkan kuasa.

Cam Shaft & Valve Spring CYT Racing
CYT Racing juga turut membekalkan komponen lain seperti Cam Shaft dan Valve Spring bagi model Yamaha LX135. Diakui antara jenama yang dipercayai, kesemua komponen CYT Racing telah diuji sepenuhnya hasil kecemerlangan para pelumba di arena Cub Prix tanahair.

MAG Power Marketing Sdn. Bhd.
0027 Ground Floor,
Block C Kompleks Sentral,
33 Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
No Tel : 03 – 6252 6889

E-mel ; magpowermarketing.sales@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/durotyre/

Solid Parts Trading
No.7, Jalan Indah 1, Taman Dagang Permai
68000 Ampang, Selangor.
No Tel : 019 – 333 9791 / 019 – 381 8982

Previous Post

Kawasaki Z250 ABS 2019

Next Post

LS2 Helmets Tawar Potongan Harga di MotoGP Sepang

Next Post

LS2 Helmets Tawar Potongan Harga di MotoGP Sepang

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved